Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577420
Title: | Ganti nama Bahasa Mendriq: analisis program minimalis |
Authors: | Fazal Mohamed Mohamed Sultan (UKM) Mohd Romzi Ramli (UKM) |
Keywords: | Ganti nama Mendriq Analisis deskriptif Analisis sintaksis Orang asli Kasus |
Issue Date: | Dec-2015 |
Description: | Bahasa orang asli di Malaysia sedang mengalami proses kepupusan yang sangat cepat. Kajian berkaitan bahasa orang asli pula tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan terhadap salah satu daripada bahasa orang asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia, iaitu bahasa Mendriq. Bahasa ini dituturkan oleh suku kaum Mendriq yang menetap di Pos Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Kajian yang dijalankan di bawah kod penyelidikan UKM-GUP-PLW-08-11-047 ini mempunyai skop yang kecil, iaitu hanya memfokuskan ganti nama bahasa Mendriq sahaja. Proses analisis terhadap ganti nama tersebut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu analisis deskriptif dan analisis sintaksis. Analisis deskriptif akan membincangkan kasus yang terdapat dalam KGN bahasa tersebut. Analisis sintaksis pula akan membahaskan struktur sintaksis ganti nama bahasa Mendriq berpandukan analisis deskriptif. Analisis sintaksis akan menggunakan kerangka program minimalis sebagai teori untuk menganalisis KGN ini. Hasil daripada analisis ini, pengkaji mendapati bahawa ganti nama bahasa Mendriq dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ganti nama yang membawa kasus dan ganti nama yang ditandakan kasus. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 15 |
Pages: | 177-200 |
Call Number: | Siri P81.J6 2015 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/577420 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77786+Source01+Source010.PDF | 453.19 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.