Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563409
Title: | Strategi kesantunan berbahasa masyarakat Adat Perpatih dalam kata perbilangan |
Authors: | Norhana Bakhary (IPG Kampus Pendidikan Teknik Nilai) |
Keywords: | Kesantunan berbahasa Istiadat kerjan Istiadat memulih pusako Istiadat berkodim Istiadat merisik Peminangan |
Issue Date: | 14-Dec-2014 |
Description: | Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan strategi kesantunan dalam kata perbilangan adat perpatih. Data kajian diambil daripada ungkapan kata perbilangan adat yang digunakan dalam empat peristiwa perundingan adat perpatih, iaitu istiadat kerjan, istiadat memulih pusako, istiadat berkodim dan istiadat merisik dan peminangan. Data kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan prinsip kesantunan berbahasa (Leech, 1983). Hasil kajian mendapati bahawa strategi kesantunan berbahasa dalam ungkapan kata perbilangan adat khususnya yang digunakan dalam sesuatu peristiwa perundingan untuk menyampaikan sesuatu mesej, terpancar dalam ujaran penutur yang membawa maksud tersirat. Ciri bahasa yang terdapat pada kata perbilangan adat yang mengandungi sisipan bahasa kiasan, pemilihan bentuk bahasa yang bersifat halus dan sopan, di samping penggunaan dialek atau kata berunsur tempatan, berjaya membentuk kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi yang disulami tatatertib dan adab untuk mengekalkan hubungan mesra, harmoni dan mewujudkan kerjasama antara peserta yang terlibat dalam sesuatu peristiwa perundingan. |
News Source: | Jurnal Bahasa |
ISSN: | 1511-9084 |
Volume: | 14 |
Pages: | 239-271 |
Call Number: | Siri P81.J6 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563409 |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.