Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563327
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorGoh Choo Ta, Prof. Madya ChM. Dr.-
dc.contributor.advisorMazlin Mokhtar, Prof. Dato’ ChM. Dr.-
dc.contributor.advisorSharina Abdul Halim, Dr.-
dc.contributor.authorFarhah Abdilllahil Moktamin (P70009)-
dc.date.accessioned2023-11-01T07:46:35Z-
dc.date.available2023-11-01T07:46:35Z-
dc.date.issued2023-06-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563327-
dc.description.abstractPenggunaan bateri semakin meluas seiring dengan peningkatan peranti elektronik yang semakin meningkat setiap tahun. Akibatnya, jumlah bateri terpakai semakin banyak iaitu 2.65 juta tan dalam pasaran Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2018 dan pengguna bateri di peringkat global juga semakin meningkat sebanyak 7.8% pada tahun 2019. Bateri terpakai boleh dikitar semula tetapi kesedaran yang rendah pada kalangan kebanyakan pengguna. Kesannya, pengumpulan bateri terpakai di Malaysia kurang meluas berbanding di EU. Tambahan pula, tiada peraturan khusus mengenai kitar semula bateri terpakai di Malaysia yang menyebabkan golongan muda tidak sedar bahawa bateri terpakai boleh dikitar semula. Berbeza pula dengan EU, terdapat beberapa peraturan dan perundangan yang menguruskan bateri terpakai diperkenalkan supaya bateri terpakai tidak dilupuskan ke dalam tapak pelupusan. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran terhadap pengasingan sisa serta kesan toksik terhadap alam sekitar berbeza di setiap negara. Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauhmana pengurusan bateri terpakai dapat mengukuhkan perlindungan dan pengurusan alam sekitar. Dalam kajian ini, analisis dokumentasi telah digunakan iaitu dengan menggunakan sumber jurnal, garis panduan atau laporan yang berkaitan untuk membandingkan sistem perundangan dan infrastruktur mengenai pengurusan bateri terpakai di negara-negara terpilih di EU. Hasil kajian mendapati Croatia mempunyai kadar pengumpulan bateri terpakai yang tertinggi tetapi tidak mempunyai banyak infrastruktur untuk kitar semula bateri terpakai dan maklumat berkenaan bateri terpakai juga terhad. Manakala, Portugal mempunyai banyak maklumat yang berkaitan dengan bateri terpakai seperti pelaksanaan kempen dan infrastruktur yang mudah diakses tetapi kadar pengumpulan bateri terpakai masih rendah. Untuk Malaysia pula, tiada rekod spesifik mengenai peratusan kitar semula bateri terpakai. Malaysia hanya merekodkan peratusan kitar semula sisa secara am sahaja iaitu 5%. Peratusan yang rendah ini berkait rapat dengan sikap dan pengurusan kitar semula bateri terpakai di Malaysia. Jadi, kajian ini juga memberi fokus kepada perhubungan faktor-faktor yang mendorong kepada tingkah laku dan kesedaran pelajar dalam pelaksanaan kitar semula bateri terpakai. Perhubungan faktor ini telah diuji dengan menggunakan analisis korelasi. Manakala analisis regresi pula untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kepada tingkah laku dan kesedaran pelajar dalam pelaksanaan kitar semula bateri terpakai. Hasil analisis menunjukkan empat faktor yang signifikan (p<0.05) iaitu norma sosial, kesanggupan membayar, sikap dan kawalan tingkah laku. Selain itu, kajian ini juga telah mengumpul bateri terpakai di beberapa sekolah dan pasaraya terpilih. Aktiviti pengumpulan bateri terpakai mendapat maklum balas yang sangat positif dikalangan pelajar dan pengguna sehingga berjaya mengumpulkan sebanyak 145.5kg bateri primer dan bateri sekunder yang terpakai. Walaupun pengurusan bateri terpakai di Malaysia agak ketinggalan berbanding di EU, Malaysia masih boleh menambahbaik dengan mengambil beberapa aspek daripada pelaksanaan kitar semula bateri terpakai di EU dan diterap masuk ke dalam situasi di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectElectric batteriesen_US
dc.subjectPrimary batteriesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengurusan bateri terpakai untuk perlindungan dan pengurusan alam sekitaren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages253en_US
dc.identifier.callnoQC603.F337 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007125en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan bateri terpakai untuk perlindungan dan pengurusan alam sekitar
  Restricted Access
Full-text4.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.