Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563314
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamisah Osman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Amni Safiah Ab Halim (P86908) | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-01T06:38:05Z | - |
dc.date.available | 2023-11-01T06:38:05Z | - |
dc.date.issued | 2023-06-16 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/563314 | - |
dc.description.abstract | Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) telah mencetuskan kemajuan inovasi dan teknologi yang semakin pesat dan mempengaruhi kehidupan manusia dalam pelbagai aspek. Bidang pendidikan juga telah mengalami transformasi yang sewajarnya bagi mendepani cabaran 4IR ini. Pengintegrasian pemikiran komputasional (PK) melalui kurikulum adalah salah satu usaha kerajaan bagi memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam diri murid-murid untuk memastikan mereka mampu bersaing di peringkat global. Namun, banyak kajian masih membincangkan kompetensi guru sebagai agen utama pengintegrasian kemahiran PK ini. Pendedahan kemahiran ini kepada guru seharusnya bermula di peringkat pra-perkhidmatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap terhadap PK dalam kalangan guru pelatih STEM. Kajian juga turut melihat hubungan antara pengetahuan dan sikap dalam PK serta perbezaan berdasarkan jantina dan opsyen pengajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik dan melibatkan 321 orang guru pelatih STEM di sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan aplikasi IBM SPSS Versi 26. Frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk melihat taburan profil responden serta mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru pelatih STEM dalam pemikiran komputasional. Ujian MANOVA digunakan bagi melihat perbezaan tahap pengetahuan dan sikap mengikut jantina dan opsyen pengajian. Ujian korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan antara konstruk pengetahuan dan sikap. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap sikap guru pelatih STEM dalam PK adalah tinggi. Ujian MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan pada pengetahuan pedagogi am berdasarkan jantina. Konstruk sikap menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Bagi opsyen pengajian, perbezaan nilai min yang signifikan adalah pada pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi pemikiran komputasional. Konstruk sikap menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada ketiga-tiga komponen sikap berdasarkan opsyen pengajian. Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara pengetahuan dan sikap guru pelatih STEM dalam pemikiran komputasional. Kajian mengimplikasikan bahawa guru pelatih STEM perlu mendapat pendedahan yang lebih berstruktur dan formal dalam PK bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka. Walaupun tahap pengetahuan adalah tinggi, masih terdapat miskonsepsi yang ketara berlaku. Bagi aspek sikap, guru pelatih STEM bersedia untuk mengintegrasikan PK dalam pengajaran kerana mereka mempunyai efikasi kendiri dan keyakinan diri yang tinggi terhadap kemahiran ini. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Problem solving | en_US |
dc.subject | Computational learning theory | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pengetahuan dan sikap terhadap pemikiran komputasional dalam kalangan guru pelatih STEM | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 208 | en_US |
dc.identifier.callno | HD30.29.A466 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007115 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengetahuan dan sikap terhadap pemikiran komputasional dalam kalangan guru pelatih STEM.pdf Restricted Access | Partial | 811.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.