Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562989
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Farhah Khairuddin, Dr.-
dc.contributor.authorNurulshima Mohd Mohtar (P109539)-
dc.date.accessioned2023-11-01T03:55:32Z-
dc.date.available2023-11-01T03:55:32Z-
dc.date.issued2023-06-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562989-
dc.description.abstractPdP untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah dilaksanakan secara dalam talian (PdPdt). Namun, pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian masih kurang dilaksanakan untuk MBPK yang mengikuti PPI. Kajian kes menggunakan pendekatan kualitatif dengan tiga objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti PdPdt untuk MBPK di PPI, meneroka cabaran yang dialami oleh guru semasa melaksanakan PdPdt untuk MBPK di PPI dan untuk mengenalpasti elemen penting dalam PdPdt MBPK di PPI telah dijalankan. Seramai tujuh orang guru aliran perdana yang berpengalaman mengajar MBPK selama lebih tiga tahun dan mengajar MBPK mata pelajaran teras di PPI dari tiga buah sekolah di dalam daerah Petaling Perdana dipilih sebagai peserta kajian. Kesemua peserta kajian menjalani sesi temu bual dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Analisis audiovisual dan analisis dokumen juga dijalankan bagi mendapatkan data. Data temu bual telah dianalisis secara tematik dengan berbantukan Nvivo versi 12. Hasil dapatan mendapati guru menjalankan PdPdt mengikut kesesuaian murid berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai pengalaman yang telah guru perolehi daripada PdPdt yang dijalankan. Selain itu, sebelas elemen penting yang perlu diutamakan dalam PdPdt dikenal pasti iaitu i) kemudahan, ii) kesediaan dalam pengajaran dan pembelajaran iii) teknik pengajaran, penyediaan bahan dan pemantauan berterusan, iv) kreativiti guru, v) guru sebagai pembuat keputusan, vi) kurikulum dan sukatan pembelajaran yang boleh diubahsuai, vii) kerjasama dan sokongan pelbagai pihak, viii) komunikasi berkesan, ix) disiplin diri, x) penghargaan, xi) kesabaran. Secara keseluruhan, guru aliran perdana yang melaksanakan PdPdt untuk MBPK di PPI perlu lebih komprehensif. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu merangka kursus pembangunan profesional untuk para guru dalam meningkatkan pengetahuan guru tentang PdPdt.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSpecial educationen_US
dc.subjectInclusive educationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengajaran dan pembelajaran secara dalam talian untuk murid berkeperluan pendidikan khas di program pendidikan inklusifen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages139en_US
dc.identifier.callnoLC3965.N837 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007111en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian untuk murid berkeperluan pendidikan khas di program pendidikan inklusif
  Restricted Access
Partial1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.