Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562716
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorAlmasiah Hassan (P108981)-
dc.date.accessioned2023-11-01T03:29:31Z-
dc.date.available2023-11-01T03:29:31Z-
dc.date.issued2023-07-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/562716-
dc.description.abstractPemikiran Kelestarian merupakan paradigma pemikiran digital dan corak kemahiran abad ke-21 yang telah mewujudkan perspektif baharu dalam pendidikan kelestarian. Kemahiran Pemikiran Kelestarian (IKPK) untuk menilai tahap pemikiran kelestarian dalam kalangan pelajar sains tulen (STEM) dan sains teras (bukan STEM) di Malaysia. IKPK turut menghasilkan profil pemikiran kelestarian pelajar dalam pendidikan sains berdasarkan jantina, aliran dan lokasi sekolah. Reka bentuk kajian ini merupakan pembinaan dan pengesahan instrumen yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang mempunyai tiga fasa utama iaitu Fasa 1: Pembinaan Instrumen, Fasa 2: Pengesahan Instrumen dan Fasa 3: Pembinaan Profil pemikiran kelestarian pelajar. Fasa pertama melibatkan kaedah deduktif yang dijalankan terhadap lima orang pensyarah dan guru yang terlibat dengan kelestarian untuk mengenal pasti konstruk pemikiran kelestarian yang diperlukan untuk pembinaan instrumen. Dalam Fasa kedua, kaedah Fuzzy Delphi telah dipilih melibatkan seramai 25 orang pakar untuk mendapatkan persetujuan, kesepakatan dan kesahan terhadap konstruk model yang dibangunkan. Kesepakatan dan kesahan tersebut berdasarkan respon pakar terhadap soal selidik yang terdiri daripada 4 skala Likert. Nilai threshold ‘d’, nilai kesepakatan pakar dan nilai defuzzification dihitung untuk menentu sahkan konsensus pakar terhadap semua item yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, pengesahan instrumen telah melibatkan kesahan dan kebolehpercayaan dengan menggunakan Teori Respons Item iaitu Model Rasch. Memfokuskan kepada empat konstruk utama iaitu, Pemikiran kelestarian, Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam, dan Tingkah Laku Lestari (nilai-nilai alam sekitar) dan Tingkah Laku Lestari (tingkah laku ekologikal umum). Item yang dibina antara lain merujuk kepada sumber seperti Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) Sains tulen tingkatan 4 dan 5, DSKP sains teras tingkatan 4 dan 5, dan kerangka pemikiran kelestarian serta literatur yang berkaitan. Sampel yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 aliran Sains tulen (STEM) dan Sains Teras (Bukan STEM) di 4 negeri Semenanjung Malaysia, sabah dan Sarawak; pengujian pertama ialah seramai 49 orang. Kajian sebenar pula dijalankan kepada 471 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara rawak strata berkadaran. Dapatan analisis Kaedah Fuzzy Delphi menunjukkan empat konstruk yang digunakan adalah sesuai untuk mengukur kemahiran pemikiran kelestarian. Dapatan analisis item pula menunjukkan kesemua 51 item IKPK telah memenuhi kesemua andaian Model Rasch. Profil pemikiran kelestarian pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana dan mencapai norma kajian. Pembinaan instrumen ini menyumbang kepada pertambahan kepelbagaian bentuk ujian terutama jenis pentaksiran masa kini yang mula cenderung ke arah format penilaian kendiri. Instrumen-instrumen sebelum ini lebih mengkaji kepada aspek kemahiran namun instrumen ini menumpukan kepada aspek kemahiran pemikiran kelestarian. Oleh itu, IKPK adalah instrumen yang sangat relevan untuk mengukur tahap kemahiran pemikiran kelestarian pelajar sebelum melakukan intervensi pemikiran kelestarian secara komprehensif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini berperanan sebagai platform untuk menentukan keberhasilan intervensi pemikiran kelestarian dalam Pendidikan Sains sama ada secara formal atau informal.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectReflective learningen_US
dc.subjectCritical thinkingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembinaan instrumen kemahiran pemikiran kelestarian dalam pendidikan sainsen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages293en_US
dc.identifier.callnoLB1027.23.A4363 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007110en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan instrumen kemahiran pemikiran kelestarian dalam pendidikan sains
  Restricted Access
Full-text3.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.