Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520512
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamaruzzaman Sopian, Professor Dato' Dr.-
dc.contributor.authorLim Chin Haw (P51917)-
dc.date.accessioned2023-10-18T07:59:21Z-
dc.date.available2023-10-18T07:59:21Z-
dc.date.issued2014-04-07-
dc.identifier.otherukmvital:80175-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520512-
dc.descriptionPengudaraan 'stack' dan pengudaraan semulajadi angin-teraruh adalah dua kaedah utama untuk mendorong aliran udara semulajadi. Pengudaraan 'stack' dengan sendirinya tidak boleh mewujudkan aliran udara yang cukup untuk mencapai kualiti udara dalaman yang baik untuk penghuni bangunan di bawah iklim yang panas dan lembap. Prestasi yang rendah bagi pengudaraan 'stack' dalam iklim yang panas dan lembap adalah disebabkan oleh perbezaan suhu yang rendah di antara suhu dalaman dan luaran bangunan. Disebaliknya, pengudaraan angin-teraruh tidak dipengaruhi oleh perbezaan suhu yang rendah. Dengan kelebihan ini, strategi pengudaraan angin-teraruh mempunyai potensi untuk meningkatkan kualiti udara dalaman bagi bangunan pengudaraan semulajadi dalam iklim yang panas dan lembap. Salah satu daripada alat pengalih udaraan semulajadi yang didorong oleh angin adalah dikenali sebagai menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh. Menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh adalah satu daripada ciri-ciri senibina tradisional yang biasa digunakan dalam iklim yang panas dan gersang seperti di negara-negara Timur Tengah untuk meningkatkan kualiti udara dalaman bangunan. Sehingga kini, masih terdapat kekurangan dalam penyelidikan terhadap penggunaan menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh dalam iklim yang panas dan lembap. Oleh yang demikian, tesis ini bertujuan untuk meneroka serta menentukan rekabentuk optimum pelbagai konfigurasi rekabentuk terhadap prestasi menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh di bawah iklim yang panas dan lembap. Metodologi kajian yang digunakan merangkumi pengukuran menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh yang berskala penuh di tapak lokasi serta dinamik bendalir pengiraan (CFD) untuk penerokaan konfigurasi rekabentuk menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh yang berlainan. Di samping itu, data pengukuran lapangan yang dikutip juga digunakan untuk mengesahkan kejituan perisian CFD yang bernama FloVent. Perisian FloVent digunakan untuk mensimulasikan pelbagai konfigurasi reka bentuk menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh. Kajian terhadap perbezaan rekabentuk adalah berdasarkan pada bentuk bumbung, ketinggian serta bentuk menara. Bumbung berbentuk 'Venturi' dan rekabentuk menara digunakan sebagai kriteria rekabentuk untuk meningkatkan lagi kadar perahan aliran udara menara angin. Berdasarkan kepada kesan Bernoulli, konfigurasi berbentuk Venturi ini boleh menyebabkan halaju udara yang lebih tinggi serta tekanan rendah diwujudkan. Oleh yang demikian, kuasa sedutan menara pengudaraan semulajadi angin-teraruh dapat dipertingkatkan. Faktor-faktor yang dianalisa adalah terdiri daripada kadar sedutan aliran udara, pertukaran udara sejam (ACH) dan corak aliran udara. Keputusan empirikal menunjukkan bahawa kadar aliran angin yang disebabkan oleh sedutan pengudaraan menara untuk zon ruang tunggal adalah 10,000 m3/jam pada halaju angin luaran 0.1m/s. Dengan halaju angin luaran yang sama, ia menghasilkan purata 57 ACH. Keputusan simulasi CFD menunjukkan bahawa untuk zon ruang tunggal, menara angin yang berbentuk Bi-cekung" mampu untuk menghasilkan kadar sedutan aliran udara sebanyak 14-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) / Solar Energy Research Institute-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVenturi-shaped-
dc.subjectWind-induced-
dc.subjectNatural ventilation-
dc.titlePerformance of venturi-shaped wind-induced natural ventilation tower in Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages253-
dc.identifier.callnoTH7674.L537 2014 3 tesis-
dc.identifier.barcode001105-
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
367.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.