Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520511
Title: Analisis prestasi pengumpul fotovoltan-terma dengan panel fotovoltan dwimuka dan pemantul cermin lekuk-V
Authors: Muslizainun Mustapha (P84121)
Supervisor: Kamaruzzaman Sopian, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sistem fotovoltan
Pengumpul fotovoltan-terma
Tenaga suria
Issue Date: 2-Jul-2021
Description: Dua jenis sistem tenaga suria yang utama ialah sistem fotovoltan (PV) dan pengumpul suria terma yang masing-masing dapat menjana tenaga elektrik dan tenaga terma dengan berkesan. Gabungan kedua-dua sistem tersebut dalam satu sistem tunggal dikenali sebagai pengumpul fotovoltan-terma (PVT). Pengumpul PVT berkeupayaan menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga terma secara serentak. Lazimnya reka bentuk pengumpul PVT terdiri daripada panel PV, bendalir pemindahan haba, plat penyerap dan penebat. Hampir keseluruhan kajian ke atas pengumpul PVT telah bertumpu kepada penggunaan panel PV satu-muka (mPV). Oleh itu, kajian ini memperkenalkan kebolehupayaan penggunaan panel PV dwimuka (bPV) pada pengumpul suria PVT bagi meningkatkan kecekapan elektrik yang terhasil. Panel bPV mempunyai kelebihan untuk menyerap tenaga suria menerusi kedua-dua permukaan atas dan bawah sel bPV. Bagi memanfaatkan permukaan belakang sel bPV, pemantul cermin lekuk-V telah diletakkan di bawah panel PV dengan jarak pemisah 80 mm. Pengumpul udara PVT dengan panel PV dwimuka (bPVT) dan pemantul cermin lekuk-V telah dibangunkan dalam kajian ini. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk mereka bentuk, membina dan menilai prestasi pengumpul bPVT. Dalam kajian ini, analisis keadaan mantap satu dimensi (1D) telah dibuat bagi menentukan prestasi pengumpul bPVT. Model matematik yang melibatkan persamaan keseimbangan tenaga diselesaikan menggunakan kaedah matrik songsang dengan perisian Microsoft Excel. Hasil teori ini dibandingkan dengan hasil ujikaji makmal bagi mengesahkan model matematik yang dibina. Kajian terhadap pengumpul bPVT dijalankan di bawah tiga keamatan sinaran yang berbeza iaitu 508 Wm-2, 660 Wm-2 dan 820 Wm-2. Bagi setiap keamatan sinaran tersebut, kadar aliran jisim udara ditetapkan pada 0.032 kgs-1, 0.045 kgs-1, 0.057 kgs-1, 0.075kgs-1dan 0.092 kgs-1. Kajian turut melibatkan penggunaan panel bPV dengan nilai faktor padatan sel yang berbeza iaitu 0.33 dan 0.66. Hasil kajian menunjukkan apabila kadar aliran jisim udara ditingkatkan, perubahan suhu bendalir dan suhu panel bPV berkurang. Seterusnya, menyumbang kepada peningkatan kecekapan tenaga elektrik dan tenaga terma pengumpul bPVT. Pertambahan faktor padatan sel turut meningkatkan output tenaga elektrik pengumpul bPVT. Output kuasa yang dihasilkan oleh pengumpul bPVT adalah meningkat sebanyak 50.47% berbanding bPV tanpa pengumpul. Hasil eksperimen bagi prestasi keseluruhan pengumpul bPVT yang paling tinggi dicapai adalah 59.24% pada kadar aliran jisim udara dan keamatan sinaran masing-masing adalah 0.092 kgs-1 dan 820 Wm-2 dengan faktor padatan sel bPV 0.66. Manakala hasil teori pula merekodkan prestasi keseluruhan sebanyak 58.2% pada parameter yang sama. Melalui analisis peratus min ralat mutlak (MAPE) dan peratus punca min sisihan kuasa dua (RMSPD) keputusan eksperimen yang diperoleh adalah menepati hasil teori dengan nilai purata ralat di bawah 4%. Tambahan lagi, prestasi keseluruhan bagi pengumpul bPVT memberikan nilai yang lebih tinggi iaitu 59.24% berbanding prestasi pengumpul mPVT iaitu sebanyak 58.15%. Secara kesimpulannya, kajian ini telah menyumbang kepada pembangunan dalam teknologi sistem pengumpul PVT, dimana kajian secara teori dan eksperimen telah membuktikan kebolehupayaan mengintegrasikan panel PV dwimuka dan pemantul pada pengumpul suria PVT.,Ph.D.
Pages: 167
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126414+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.