Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520500
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSohif Mat, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohamed Azly Abdul Aziz (P56235)
dc.date.accessioned2023-10-18T07:59:07Z-
dc.date.available2023-10-18T07:59:07Z-
dc.date.issued2020-07-05
dc.identifier.otherukmvital:125266
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520500-
dc.descriptionAplikasi teknologi Pengumpul Fotovolta Terma (PVT) yang menarik dan berpotensi adalah bagi fasiliti penjagaan kesihatan di mana kedua-dua pengeluaran tenaga PVT iaitu tenaga haba dan elektrik sangat diperlukan. Salah satu penghalang kepada penyebaran luas teknologi baru ini adalah kos kitaran hayat yang tinggi berbanding sistem PV dan pengumpul haba lazim. Bagi membantu penembusan pasaran yang lebih meluas bagi sistem PVT, pengoptimuman tekno-ekonomik sistem PVT sememangnya diperlukan dan seterusnya menjadi objektif utama kajian di dalam tesis ini. Pengoptimuman sistem PVT yang diintegrasikan bersama loji air panas Pam Haba Sumber Udara (PHSU) sedia ada bagi kegunaan Fasiliti Penjagaan Kesihatan secara khususnya hospital telah dijalankan dengan menggunakan kadar permintaan air panas sebenar di salah sebuah hospital terkemuka di Malaysia iaitu Hospital Serdang. Sistem PVT ini telah diintegrasikan dengan loji air panas Pam Haba Sumber Udara (PHSU) sedia ada berkapasiti 168 kWt. Dengan mengintegrasikan sistem PVT dengan sistem PHSU sedia ada, PHSU akan bertindak sebagai pemanas tambahan untuk sistem PVT dan dengan itu mengurangkan input tenaga elektrik untuk loji PHSU di samping menjana tenaga elektrik bagi kegunaan hospital. Data kehendak beban air panas dan operasi loji PHSU sedia ada di Hospital Serdang telah diukur, dimodelkan dan ditentukur di dalam perisian Transient System Simulation Tool (TRNSYS). Subsistem pengumpul PVT kemudiannya dibangunkan dan disepadukan dengan model PHSU sediada bagi mewujudkan sistem bersepadu PVT-PHSU yang baru. Dengan menggunakan data prestasi pengumpul PVT komersial, pengoptimuman teknoekonomik dengan menggunakan perisian TRNSYS telah dilaksanakan. Hasil simulasi menunjukkan bahawa bagi setiap keluasan pengumpul PVT dan pecahan solar terdapat nilai optimum bilangan sambungan sesiri (Ns) dan kapasiti tangki solar (Vst) yang menghasilkan Nilai Bersih Semasa (NBS) tertinggi. Kombinasi optimum pengumpul PVT pada nilai tertinggi NBS adalah pada keluasan PVT 2400 m2, bilangan susunan sesiri bersamaan 8 (Ns=8), nisbah tangki solar kepada keluasan pengumpul PVT (Vst/Apvt) bersamaan 0.04 m3/m2. Pecahan solar elektrikal (SFe) yang dihasilkan adalah 336% iaitu 3.36 kali melebihi keperluan operasi loji PVTPHSU. Semua nilai NBS adalah negatif bagi semua keluasan pengumpul PVT tanpa Tarif Suapan kecuali pada keluasan pengumpul PVT di bawah 480 m2. Ini menunjukkan bahawa pelaburan berskala besar tanpa tarif suapan bagi loji PVTPHSU melebihi 480 m2 keluasan pengumpul PVT adalah tidak ekonomik. Bagi semua susunan pengumpul PVT secara sesiri dan selari, penggunaan tenaga bersih sifar bagi loji PVT-PHSU ataupun 100% elektrik SFe dicapai pada 934 m2 keluasan pengumpul PVT, bilangan susunan sesiri bersamaan 6 (Ns=6) dan pada nisbah optima tangki solar kepada keluasan pengumpul PVT 0.11 m3/m2 . Pemasangan susunan pengumpul PVT secara sesiri dan selari adalah 16% lebih tinggi dari segi output tenaga bagi setiap keluasan pengumpul PVT berbanding susunan pengumpul PVT secara selari bagi mencapai penggunaan tenaga bersih sifar bagi loji PVT-PHSU. Analisa terhadap nilai tetapan perbezaaan suhu jalur mati atas ΔTH bagi pengawal operasi pam solar menunjukkan bahawa kesan perbezaaan suhu jalur mati atas ΔTH ke atas pecahan solar elektrikal (SFe) adalah tidak signifikan. Perbandingan nilai COPashp loji PVTPHSU bagi dengan nilai COPashp penanda asas (tanpa pengumpul PVT) menunjukkan penurunan sebanyak 35%. Ini menunjukkan bahawa, pemasangan pengumpul PVT menyebabkan penurunan COPashp.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) / Solar Energy Research Institute
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectFasiliti kesihatan
dc.subjectTenaga haba
dc.subjectTenaga elektrik
dc.titleRekabentuk naik taraf dan pengoptimaan integrasi sistem Pengumpul Fotovolta Terma (PVT) dan Pam Haba Sumber Udara (PHSU) bagi fasiliti kemudahan kesihatan
dc.typeTheses
dc.format.pages162
dc.identifier.barcode005838(2021)(PL2)
Appears in Collections:Solar Energy Research Institute / Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125266+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
20.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.