Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520420
Title: | Kehadiran, ingatan dan makna: suatu analisis teori budaya ingatan terhadap upacara peringatan asyura di Iran |
Authors: | Mohd Shaiful Ramzee Endut (P96789) |
Supervisor: | Shamsul Amri Baharuddin, Profesor Ulung Datuk Dr. |
Keywords: | Shiites -- Political activity -- Iran Shi'ah -- Political aspects -- Iran Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Aug-2020 |
Description: | Penghargaan lazimnya adalah kata-kata muluk untuk mereka yang menyumbang kepada terhasilnya naskhah ini. Sudah lumrah, penghargaan lazimnya ditulis, kononnya, sebagai menepati kriteria untuk setiap tesis. Walau bagaimanapun, tanpa lumrah ini sekalipun, saya akan tetap sahaja menulis rakaman penghargaan. Ini kerana, naskhah ini takkan terhasil tanpa individu tertentu yang menjadi pembentuk pemikiran saya sehingga dewasa ini. Sekiranya hanya ada dua nama sahaja yang dibenarkan untuk dimuatkan dalam rakaman ini, maka Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Profesor Madya Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid merupakan senarai yang pertama dan terakhir. Mereka memahami dan membenarkan pemikiran saya tumbuh mekar. Namun begitu, sekiranya ada lagi nama yang wajar saya sebut di sini, maka Profesor Dr. Sufian Jusoh dan Profesor Dato' Dr. Rashila Ramli turut tidak boleh dilupakan. Selain daripada senarai di atas, saya juga tidak boleh melupakan persekitaran yang membentuk keseluruhan perjalanan pemikiran saya sehingga tahap ini: Institut Kajian Etnik (KITA), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Kumpulan Penyelidikan Teori Sistem IUC Dubrovik (terutamanya kepada Gorm Harste dan Steffen Roth), Institute of Cultural Trauma di Universiti Zagreb (terutamanya kepada Nebojša Blanuša), Center of Contemporary Theory di Gujarat (terutamanya kepada Prafulla Kar), Institut für Auslandsbeziehungen (IfA) di Stuttgart, In Search for Transnational Memory in Europe (ISTME) yang ditaja oleh European Cooperation in Science and Technology (COST) dan kumpulan perbincangan Diskopi di UKM. Tentu sahaja terdapat deretan lagi individu dan organisasi untuk dibariskan di sini. Akan tetapi, dengan menulis semua nama individu dan organisasi tersebut—yang pastinya takkan habis—hanya akan menyebabkan nama-nama yang dipetik sebelumnya menjadi kurang bermakna. Justeru itu, kata-kata penghargaan ini wajar berakhir dengan rakaman penghargaan kepada seluruh ahli keluarga saya: jauh dan dekat. Kehadiran mereka memangkin makna dan terabadi dalam ingatan.,Ph.D. |
Pages: | 241 |
Call Number: | JQ1789.A15M847 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122337+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.