Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520418
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Nizammuddin Sulaiman, Prof Madya Dr | - |
dc.contributor.author | Zaini Othman (P33292) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-18T03:53:50Z | - |
dc.date.available | 2023-10-18T03:53:50Z | - |
dc.date.issued | 2013-07-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120486 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520418 | - |
dc.description | Tesis ini meneliti hubungan-timbal balik diantara masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian dalam negara demokrasi-hegemoni seperti Malaysia. Berdasarkan kepada perbincangan kritikal yang dilakukan terhadap pendekatan-pendekatan yang tersedia wujud, satu sintesis teori berhubung dengan hubungan timbal-balik diantara masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian telah dikemukakan. Sintesis teori ini menghujahkan bahawa untuk memahami hubungan timbal-balik diantara masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian, khususnya dalam masyarakat yang sangat rencam seperti Malaysia, analisis terhadap hubungan simbiosis antara elemen-elemen seperti institusi sosial dan budaya tidak boleh sama sekali dipinggirkan. Sekiranya aspek ini diketepikan atau diabaikan, maka ia akan menyukarkan pemahaman intelektual berhubung dengan masyarakat sivil dan gerakan pedemokrasian dalam negara demokrasi-hegemoni yang terbahagi masyarakatnya. Sintesis teori yang bersandarkan kepada model Gramscian dan Putnam telah diaplikasi bagai memahami jalur perkembangan dan pembangunan masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian di Malaysia dalam tempoh dua dekad iaitu bermula dari tahun 1981 hingga 2008. Tesis ini menghujahkan bahawa dalam tempoh awal-awal tahun 1980an telah menyaksikan perkembangan kelas pertengahan yang secara langsungnya juga menyumbang kepada pembangunan masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian secara lebih meluas berbanding sebelumnya. Namun, perkembangan dan pembangunan masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian tersebut masih kekal 'terperangkap' dalam idealisme keetnikan sifatnya. Walaubagaimanapun dekad tersebut menyaksikan peningkatan persaingan terhadap kedudukan hegemonik kerajaan Barisan Nasional. Perpecahan dan krisis kepimpinan yang berlaku dalam gabungan kerajaan khususnya pada pertengahan tahun 1987, telah menyumbang kepada kewujudan masyarakat sivil dan parti politik yang berwajah etnik dari sudut idealism. Melalui gerakan masyarakat sivil yang bergabung dengan elit-elit politik yang bersaing, satu gabungan kerjasama dalam kalangan pembangkang telah dibentuk bagi memberi saingan politik terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya Umum 1990. Namun kesan kawalan terhadap institusi-institusi demokrasi, Barisan Nasional masih mampu mengekalkan penguasaan dua-pertiga majoriti. Apapun, menjelang lewat 1990an, ekoran daripada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah memberi satu kedinamikan baru terhadap masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian dalam konteks pembangunan system demokrasi di Malaysia melalui gerakan reformasi. Gerakan reformasi dengan bantuan mode gerakan baru iaitu internet walaubagaimanapun dilihat begitu bergantung terhadap rangkaian-rangkaian masyarakat sivil yang tersedia wujud. Gerakan pendemokrasian yang berslogankan reformasi ini, walaupun beraspirasikan elemen-elemen non-etnik, namun sifat dan bentuknya gerakan tersebut masih gagal keluar dari keintelektuaan-etnik. Justru, situasi ini menyebabkan masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian di Malaysia tidak mampu untuk memberi cabaran politik yang konstruktif kepada pemerintah Barisan Nasional.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institut Kajian Etnik (KITA) / Institute of Ethnic Studies | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Civil society-Malaysia | - |
dc.subject | Democratization|-Malaysia | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Masyarakat sivil dalam negara demokrasi hegemoni :kajian kes Malaysia, 1980-2008 | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 245 | - |
dc.identifier.callno | JC337.Z335 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 003006 (2013) | - |
Appears in Collections: | Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120486+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.