Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520407
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKartini Aboo Talib @ Khalid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurul Asmaa Ramli (P75331)
dc.date.accessioned2023-10-18T03:53:45Z-
dc.date.available2023-10-18T03:53:45Z-
dc.date.issued2021-04-30
dc.identifier.otherukmvital:130358
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520407-
dc.descriptionSecara umumnya kajian mengenai budaya politik wanita Cina di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memahami budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia yang merupakan komposisi kaum kedua terbesar di Malaysia. Walaupun di Malaysia, dari segi jumlah populasi, masyarakat Melayu dan Bumiputera adalah majoriti, namun penguasaan ekonomi dikuasai oleh masyarakat Cina. Penguasaan masyarakat Cina dalam bidang ekonomi adalah kesan penjajahan British yang telah membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai melalui sistem buruh. Fenomena ini juga telah mewujudkan masyarakat plural dengan perbezaan etnik, agama dan budaya. Justeru faktor multi etnik ini telah menjadi konstruksi yang mempengaruhi parti dan budaya politik berasaskan gender. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti indikator yang mempengaruhi tingkah laku dan penglibatan wanita Cina dalam politik beserta cabaran dan usaha pemerkasaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik temubual intensif bersama (10) orang bersesuaian dengan persampelan bertujuan. Informan utama yang telah ditemubual ialah perwakilan politik wanita Cina, ahli politik lelaki, ahli akademik serta aktivis NGO. Kajian ini menggunakan teori intersectionality dalam memahami agen sosialisasi lingkaran dalaman dan luaran yang mempengaruhi tingkah laku wanita Cina dalam politik. Agen sosialisasi lingkaran dalaman terdiri daripada tahap pendidikan, ekonomi, keluarga, agama, etnik, serta gender. Manakala agen sosialisasi politik lingkaran luaran adalah terdiri daripada Organisasi Bukan Kerajaan NGO/persatuan, parti politik dan komuniti. Manakala cabaran politik terdiri dari persaingan gender, kronisme, minat terhadap politik, isu pengurusan masa, sentimen perkauman, kenyataan seksis, dominasi lelaki, pesaing politik serta ideologi politik. Agen sosialisasi serta cabaran politik yang telah dihadapi oleh wanita Cina di Semenanjung Malaysia ini dilihat saling bersilang dan bertindan seterusnya telah memberikan kesan kepada tingkah laku serta budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia. Rumusannya, proses sosialisasi politik melalui agen sosialisasi dan indikator cabaran perlu diambil kira dalam membincangkan tingkah laku, penglibatan dan budaya politik merentasi faktor semata-mata seperti yang diketengahkan oleh teori intersectionality. Dapatan kajian memaparkan bahawa penyertaan politik wanita Cina masih berada pada tahap yang rendah. Budaya politik wanita Cina tidak bersifat statik dan telah mengalami evolusi berdasarkan perubahan semasa sebelum dan selepas merdeka. Malah budaya politik wanita Cina telah berubah daripada merujuk Tanah Besar Cina kepada survival di Tanah Melayu. Ahli politik wanita Cina dari parti politik Cina seperti MCA dan parti yang mempunyai perwakilan masyarakat Cina terbesar seperti DAP telah memaparkan pencapaian berbeza dari segi persoalan hierarki, persaingan vertikal, struktur gender, dan naik turun peratusan penyertaan wanita dalam politik. Budaya politik wanita Cina kemudiannya memberikan kesan kepada usaha memperkasa wanita Cina dalam sektor politik, ekonomi dan masyarakat.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitut Kajian Etnik (KITA) / Institute of Ethnic Studies
dc.rightsUKM
dc.subjectWomen -- Political activity -- Malaysia
dc.subjectChinese -- Malaysia -- Political activity
dc.subjectChinese -- Malaysia -- Politics and government
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleIntersectionality dan budaya politik wanita Cina di Semenanjung Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages319
dc.identifier.callnoHQ1236.5.M4N837 2021 tesis
dc.identifier.barcode006794(2022)
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130358+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.