Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520396
Title: | Hubung kait sifat gempa bumi dan ciri petanda berdasarkan kejanggalan geomagnet ULF |
Authors: | Muhammad Khairul Adib Muhammad Yusof (P91767) |
Supervisor: | Mardina Abdullah, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Gempa bumi Frekuensi ultrarendah (ULF) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Dec-2020 |
Description: | Pengesanan kejanggalan pada medan geomagnet bagi peramalan gempa bumi merupakan pendekatan alternatif kepada kaedah seismologi. Kejanggalan dalam bentuk pancaran frekuensi ultrarendah (ULF) diberi lebih perhatian kerana memiliki keupayaan penembusan litosfera yang baik. Melalui pendekatan ini, dua aspek peramalan dapat dicapai iaitu pengesanan petanda dan penganggaran arah gempa seperti yang dijalankan oleh kajian-kajian terdahulu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian tersebut berbentuk kajian kes yang hanya menumpukan satu peristiwa gempa bumi. Hal ini mengakibatkan petanda yang dikesan tidak dicirikan dan tidak setara untuk dibandingkan dengan kajian lain. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan hubung kait antara sifat-sifat gempa dan ciri-ciri petanda melalui kajian berbilang peristiwa. Data yang diguna pakai ialah data medan geomagnet yang dicerap antara tahun 2007 hingga 2016 yang melibatkan 10 stesen magnetometer seluruh dunia. Kaedah analisis nisbah polarisasi ditambah baik melalui langkah penormalan baharu untuk mengesan petanda. Seterusnya, penaksiran terhadap beberapa kaedah analisis dijalankan dalam bentuk kajian kes bagi membandingkan prestasi pengesanan petanda. Sejumlah 34 gempa bumi dikaji bagi memperolehi ciri petanda iaitu amplitud, julat frekuensi, masa pendulu dan peratusan ralat anggaran arah. Ciri-ciri ini kemudian dikaji korelasinya dengan sifat-sifat gempa bumi iaitu magnitud, kedalaman hipopusat, jarak epipusat dan indeks keseismosan setempat bagi menentukan hubung kait dan menerbitkan persamaan regresi. Hasil kajian kes mendapati bahawa prestasi kaedah analisis nisbah polarisasi ternormal paling ideal berbanding kaedah lain, maka ia diterapkan pada semua gempa. Secara keseluruhan, 58.82% iaitu 20 daripada 34 gempa didahului petanda, dengan peratusan lebih tinggi apabila magnitud atau indeks keseismosan setempat meningkat. Korelasi adalah lemah apabila semua petanda dari pelbagai stesen dilibatkan, sebaliknya, korelasi menjadi kuat dan signifikan apabila kajian ditumpukan pada stesen di Onagawa dan Tohno, Jepun. Korelasi-korelasi tersebut adalah antara (i) masa pendulu dan indeks keseismosan setempat, (ii) masa pendulu dan magnitud, (iii) peratusan ralat anggaran arah dan kedalaman hipopusat, serta (iv) masa pendulu dan kedalaman hipopusat. Masing-masing memiliki nilai pekali korelasi Pearson dalam julat ±(0.7177 ˆ’ 0.9709). Peramalan baharu menggunakan persamaan regresi yang diterbitkan dibandingkan dengan dapatan satu kajian lepas. Hasil perbandingan mendapati beza nilai berada dalam lingkungan keyakinan 95%. Kajian ini menyimpulkan bahawa hubung kait antara sesetengah sifat gempa bumi dan ciri petanda memiliki sifat kebergantungan setempat.,Ph.D. |
Pages: | 145 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122311+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.