Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520394
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWayan Suparta, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Iskandar (P61373)-
dc.date.accessioned2023-10-18T03:25:27Z-
dc.date.available2023-10-18T03:25:27Z-
dc.date.issued2013-02-25-
dc.identifier.otherukmvital:120573-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520394-
dc.descriptionPutaran Selatan El Niño (ENSO) adalah fenomena iklim hasil daripada interaksi antara lautan dan atmosfera di kawasan tengah Pasifik serta menyebabkan berlakunya peningkatan atau penurunan suhu permukaan laut dari aras normal. Fenomena ini terdiri dari dua fasa yang bertentangan iaitu fasa hangat (El Niño) dan fasa sejuk (La Niña). Kedua-dua fasa memberi kesan kepada perubahan iklim global dan peristiwa cuaca melampau seperti kemarau, banjir, tanah runtuh dan taufan, terutamanya di kawasan Pasifik barat. Kesan daripada kitaran ENSO masih sukar diramalkan dan dianggarkan dengan tepat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memantau dan menganalisis aktiviti ENSO menggunakan sistem penentududukan global (Global Positioning System-GPS) bumi di kawasan Pasifik barat (20°N-20°S dan 95°E- 156°E). Parameter utama yang digunakan dalam kajian ini adalah wap air boleh mendak (precipitable water vapor-PWV) yang diterbitkan daripada ukuran GPS bumi dan meterologi permukaan. Dalam menganggarkan PWV, suhu purata wajaran (Tm) telah dimodelkan dengan menggunakan 15 stesen data Radiosond (RS) di kawasan Pasifik barat. Pada masa yang sama, data PWV yang diterbitkan daripada RS telah digunakan untuk mengesahkan PWV daripada ukuran GPS. Anomali suhu permukaan laut (SSTa) dipilih sebagai pengesan ENSO. Data jangka pendek bermula dari Januari 2009 hingga Disember 2011 telah diproses dan dianalisa. Analisis statistik dijalankan untuk mengesan tindakbalas variasi PWV kepada ENSO. Model Tm di kawasan barat Pasifik untuk menganggarkan ketepatan penukaran isyarat lengahan GPS kepada wap air diperolehi lebih tinggi 4.5% berbanding model Tm global yang setara dengan kenaikan 1.70 mm PWV. Hubungan yang kuat didapati antara PWV daripada pengukuran GPS dan RS di lima stesen terpilih dengan pekali penentuan berubah dari 0.88 hingga 0.98dan purata punca ralat kuasa dua sebesar 7.35 mm. Hasil ini memberi keyakinan bahawa PWV daripada GPS boleh digunapakai untuk mengesan ENSO. Seterusnya, hubungan antara PWV dan SSTa didapati pula berkorelasi kuat di stesen PIMO dan TOW2 dengan pekali korelasi masing-masing adalah -0.90 hingga 0.81 semasa keamatan El Niño meningkat dan berkorelasi lemah semasa keamatan menurun. Manakala semasa fasa La Niña, PWV dan SSTa berkorelasi kuat pada kes pertama dan ketiga dengan pekali korelasi lebih dari 0.90 pada tahap keyakinan 99%. Korelasi positif pada fasa El Niño dan negatif pada fasa La Niña menunjukkan bahawa PWV meningkat selama kejadian ENSO. Perubahan wap air semasa ENSO berkait rapat dengan pemendakan. Semasa berlakunya El Niño, pemendakan adalah sangat rendah, terutamanya semasa keamatan El Niño sedang meningkat, sebaliknya sangat tinggi semasa berlakunya La Niña. Ini disebabkan semasa berlakunya El Niño, wap air di kawasan atmosfera Pasifik Barat bergerak ke Pasifik Tengah oleh tekanan udara yang rendah berbanding di bahagian barat Pasifik. Sementara itu, semasa berlakunya La Niña, permukaan air hangat bergerak dari arah timur ke barat oleh tekanan udara yang tinggi di bahagian tengah Pasifik sehingga wap air akan banyak terbentuk di kawasan barat Pasifik. Ini memberi kesan bahawa kebolehubahan PWV daripada pengukuran GPS dapat digunakan sebagai parameter alternatif untuk memantau dan menganalisis aktiviti ENSO.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Perubahan Iklim (IPI) / Institute of Climate Change-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectSouthern oscillation-
dc.subjectGlobal positioning system-
dc.subjectMeteorology-Geographic information systems-
dc.titleAnalisis aktiviti putaran Selatan El Nino menggunakan penerima GPS bumi di kawasan Pasifik Barat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages100-
dc.identifier.callnoGBQC866.5.G46A377 2014 tesis-
dc.identifier.barcode002761 (2014)-
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120573+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.