Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520390
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTjia Hong Djin, Prof. Emeritus Dr.-
dc.contributor.authorLim Choun Sian (P44185)-
dc.date.accessioned2023-10-18T03:19:02Z-
dc.date.available2023-10-18T03:19:02Z-
dc.date.issued2017-08-23-
dc.identifier.otherukmvital:104709-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/520390-
dc.descriptionBencana tanah runtuh di Malaysia menyebabkan impak mudarat khususnya kematian, kecederaan, kemusnahan infrastruktur dan harta benda, trauma dan gangguan kehidupan. Masalah tanah runtuh masih tidak berkurangan dan respons bencana biasanya tertumpu kepada mitigasi kejuruteraan. Salah satu kekangan dalam analisis geologi kejuruteraan untuk tanah runtuh yang jarang diteliti atau dibezakan ialah tanah runtuh di Malaysia sebenarnya terjadi pada dua kategori cerun iaitu tabii dan gangguan manusia, di mana set punca dan faktor kejadian adalah berlainan; kedua-keduanya memerlukan kaedah penghindaran dan mitigasi yang tersendiri. Kajian ini bertujuan mendalami punca dan penyebab kejadian tanah runtuh pada terain tabii dan gangguan manusia (bukan tabii). Dua zon bencana tanah runtuh yang agak kontras sejarah kejadiannya dipilih. Kajian kes pertama di terain gangguan manusia: Bukit Antarabangsa, Selangor, merupakan kawasan petempatan bandar di mana pemusatan banyak kejadian tanah runtuh dalam satu lingkungan perbukitan. Kajian kes kedua di terain tabii: Pekan pertanian kawasan pergunungan di Kundasang, Sabah, merupakan zon tanah runtuh kompleks dan berskala besar yang setiap satunya bersaiz kawasan tadahan saliran. Kaedah hibrid pemetaan geomorfologi dan geologi kejuruteraan dibangunkan untuk membolehkan pemetaan tanah runtuh berbilang-skala dan terain pelbagai gunatanah menggunakan data penderiaan jauh temporal dan cerapan lapangan dalam memetakan fitur proses tabii dan bukan tabii iaitu litupan tanah, morfologi tanah runtuh dan deformasi permukaan tanah. Hasil pemetaan ini mengenalpasti (i) kawasan rentan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berdasarkan perubahan litupan tanah; dan (ii) tujuh sistem utama tanah runtuh besar jenis sackung yang masih lagi aktif di Kundasang dipetakan dengan jitu dan mencadangkan mekanik fenomena ini sebagai suatu kejadian kegagalan morfologi cerun gunung pada skala landskap. Manifestasi tafsiran pemetaan menyimpulkan tiga faktor pengawal yang menjejaskan kestabilan cerun, iaitu: (i) Faktor tabii keadaan geologi dan terain iaitu struktur geologi, bahan geologi terluluhawa, terain yang rentan kepada tanah runtuh, dan bahan enapan permukaan tektonik/koluvium); (ii) Faktor pencetus iaitu hujan atau kandungan air tanah; dan (iii) Faktor berkadaran masa atau luaran yang mengurangkan kestabilan cerun iaitu bahan enapan permukaan tambakan atau buangan pembinaan, teknik pemotongan atau rekabentuk cerun, kecuaian cerun terbengkalai terlalu lama tanpa perlindungan, atau penyelenggaran yang buruk, dan gangguan di cerun bersebelahan seperti cerun-atas dan cerun-bawah yang mempercepatkan hakisan. Pemetaan geologi kejuruteraan merupakan teknik penting untuk penilaian bahaya, mengenalpasti faktor penyebab utama tanah runtuh dan mengurangkan risiko bencana secara holistik secara penghindaran, mitigasi dan respons. Hasil kajian ini menonjolkan ragam tanah runtuh yang jelas berbeza pada terain tabii dan gangguan manusia yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang analisis risiko bencana lanjutan, seterusnya mencadangkan langkah pengurangan risiko tanah runtuh melalui penambahbaikan teknik pemetaan geologi dan kawalan gunatanah secara governans untuk pembangunan kawasan bercerun.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM) / Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLandslide hazard analysis -- Malaysia-
dc.subjectLandslides -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleBencana tanah runtuh di Malaysia: kajian kes di Bukit Antarabangsa, Selangor dan Kundasang, Sabah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages276-
dc.identifier.callnoQE599.M4L539 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003662(2019)-
Appears in Collections:Southeast Asia Disaster Prevention Research Institute / Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104709+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.