Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519927
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmarulyusda Ishak, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSantibuana Abd Rahman (P90514)
dc.date.accessioned2023-10-17T09:31:01Z-
dc.date.available2023-10-17T09:31:01Z-
dc.date.issued2022-07-27
dc.identifier.otherukmvital:130298
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519927-
dc.descriptionHafazan al-Quran merupakan amalan keagamaan dan kerohanian yang mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal. Namun, kajian saintifik berkaitan hafazan al-Quran masih terhad terutamanya dalam konteks pelajar tahfiz di Malaysia. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh hafazan al-Quran terhadap kecerdasan intelek (IQ), kualiti hidup, status kesihatan dan aktiviti otak serta meneroka faktor penggalak dan penghalang yang mempengaruhi hafazan dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran yang mengandungi tiga fasa. Fasa I merupakan kajian keratan rentas untuk mengenal pasti pengaruh hafazan al-Quran terhadap IQ, kualiti hidup dan status kesihatan yang melibatkan pelajar (n=159) dari lima buah sekolah menengah di Selangor menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Pelajar dikategorikan kepada empat strata tahap hafazan. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik untuk mendapatkan data sosiodemografi, ujian Wechsler Abbreviated Scale of Intelligence-II (WASI-II) untuk mengukur IQ, borang soal selidik Short Form-36Quality of Life (SF-36) untuk mengukur kualiti hidup, borang soal selidik Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) untuk mengukur aktiviti fizikal dan borang ingatan diet 24-jam untuk mengukur pengambilan makanan. Sampel darah vena diambil untuk pengukuran status kesihatan berdasarkan ujian saringan kesihatan, kortisol, serotonin, IL-10 dan IFN-γ. Ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan (p<0.05) antara tahap hafazan dengan IQ, kualiti hidup dan serotonin. Ujian MANOVA menunjukkan wujud kesan utama hafazan (p<0.05) terhadap IQ, kualiti hidup dan serotonin. Fasa II merupakan kajian kuasi-eksperimen untuk mengenal pasti pengaruh hafazan al-Quran terhadap aktiviti otak menggunakan elektroensefalografi (EEG) yang dijalankan ke atas kumpulan tahfiz (n=16) dan kumpulan kawalan (n=15). Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam kumpulan tahfiz, gelombang teta adalah dominan (p<0.05) semasa keadaan rehat dengan mata tertutup, mengulang ayat hafazan lama dan baru berbanding kumpulan kawalan. Fasa III merupakan kajian kualitatif untuk meneroka faktor penggalak dan penghalang terhadap hafazan al-Quran menggunakan temubual pelajar secara berkumpulan (n=24). Transkripsi data dilakukan dan dianalisis menggunakan analisis tema. Tema yang diperoleh dalam faktor penggalak adalah emosi positif, persekitaran kondusif, teknik hafazan, aktiviti fizikal dan penjagaan pengambilan makanan. Faktor penghalang adalah sahsiah diri negatif, gangguan emosi dan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Kesimpulannya, hafazan al-Quran berpotensi meningkatkan IQ, kualiti hidup dan serotonin serta menenangkan fikiran dengan penghasilan gelombang otak berfrekuensi rendah iaitu teta dan alfa,Ijazah Doktor Falsafah (Sains Bioperubatan)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectReligion
dc.subjectMental Health
dc.subjectPhysical Fitness
dc.subjectAl-Quran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh hafazan Al-Quran terhadap kecerdasan intelek (IQ), kualiti hidup, status kesihatan dan aktiviti otak dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor
dc.typeTheses
dc.format.pages234
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130298+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.