Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519923
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzita Abd Talib, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Suhaila Abdul Ghaffar (P72585) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T09:30:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T09:30:59Z | - |
dc.date.issued | 2022-12-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:128634 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519923 | - |
dc.description | Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan remaja meningkat secara mendadak dan menjadi cabaran dalam sektor kesihatan awam. Persekitaran makanan yang kurang kondusif serta penambahan restoran makanan segera menjuruskan kepada tingkahlaku pemakanan yang kurang sihat. Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat hubung kait antara tingkahlaku pemakanan dengan status berat badan remaja dalam persekitaran makanan. Kerangka konsep kajian berdasarkan Model Ekologi Sosial melibatkan interpersonal, intrapersonal, komuniti serta polisi dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut reka bentuk gabungan penerokaan berurutan. Fasa pertama untuk mengenalpasti faktor galakan dan halangan yang mempengaruhi tingkahlaku pemakanan sihat dan fasa kedua untuk menentukan status berat badan, tingkahlaku pemakanan dan ciri persekitaran makanan dalam kalangan remaja. Fasa ketiga adalah untuk melihat taburan responden berlebihan berat badan dan obes dari tempat kediaman dan sekolah ke restoran makanan segera menggunakan perisian ArcGis. Kajian kualitatif secara temu bual mendalam dijalankan dengan 92 orang responden terdiri daripada remaja, ibu, pengusaha kantin sekolah dan pekerja restoran makanan segera di Kedah, Selangor, Terengganu dan Johor bagi fasa pertama kajian. Analisis tematik bagi mendapatkan tema dan sub-tema hasil temubual ditranskrip secara verbatim. Fasa kedua dan ketiga adalah kajian keratan rentas dalam kalangan 919 remaja di Shah Alam dan Kuala Selangor. Maklumat sosiodemografi, tingkahlaku pemakanan, ciri persekitaran makanan dan status berat badan responden diperolehi melalui borang soal selidik dan alatan antropometri. Nilai pengukuran untuk skor-z IJT bagi umur untuk indeks jisim tubuh diperolehi melalui perisian WHO AnthroPlus. Analisis fasa ketiga melibatkan pemetaan dan analisis reruang. Hasil fasa pertama mendapati pengetahuan berkaitan pemakanan, kesedaran diri, sokongan ibu bapa dan ketersediaan makanan di rumah adalah faktor penggalak, manakala faktor penghalang ialah kesuntukkan masa, keinginan mencuba makanan, ketersediaan makanan ringan, pengaruh rakan sebaya, kebolehakses dan ketersediaan pelbagai sumber makanan di luar rumah, harga makanan yang murah dan pengaruh media. Kajian fasa kedua menunjukkan 32.2% responden berlebihan berat badan dan obes. Pengambilan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari ialah 24.1%, 50.3% dan 52.4%, manakala 80% responden mengambil makanan segera antara sekali hingga empat kali seminggu. Analisa regresi logistik pelbagai mendapati responden 16 tahun, tinggal di bandar, ibu berpendidikan rendah dan bersekolah > 3 km dari restoran makanan segera adalah 1.9 kali, 4.3 kali, 5.7% dan 1.6 kali berpotensi untuk menjadi obes dengan p<0.05. Median jarak sekolah di bandar dengan restoran makanan segera ialah 0.52 km dengan satu pertiga sekolah terletak dalam lingkaran 800 m dari restoran makanan segera terdekat. Analisis reruang menunjukkan corak taburan di mana responden berlebihan berat badan dan obes terletak jauh dari restoran makanan segera. Kesimpulannya, faktor penghalang untuk mengamalkan pemakanan sihat mengatasi faktor penggalak. Kajian ini mendapati prevalen berlebihan berat badan dan obesiti semakin meningkat. Lebih dari separuh responden kajian tidak mengambil makanan utama dan empat dari lima responden mengambil makanan segera antara sekali hingga empat kali seminggu. Oleh itu, hasil kajian ini dapat dijadikan asas dalam membentuk intervensi serta memberi pendidikan berterusan kepada remaja dalam menangani epidemik obesiti di Malaysia,Ijazah Doktor Falsafah (Pemakanan) | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Body Weigh | |
dc.subject | Dietary Habits | |
dc.subject | Adolescent | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Hubung kait antara tingkahlaku pemakanan, indeks jisim tubuh dan persekitaran makanan dalam kalangan remaja | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 397 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128634+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 9.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.