Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519913
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Awang, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRapidah Mohamad (P83584)-
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:55Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:55Z-
dc.date.issued2021-01-07-
dc.identifier.otherukmvital:124018-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519913-
dc.descriptionPotensi sitotoksik sebatian organostanum(IV) ditiokarbamat telah mendorong kajian meluas terhadap sebatian ini terutamanya sebagai agen anti kanser. Walau bagaimanapun, kajian lebih mendalam diperlukan untuk memahami keupayaan sebatian ini mencetus ketoksikan terutamanya melalui pengikatan dengan DNA. Oleh itu, kajian ini telah dilakukan untuk mensintesis sebanyak 15 sebatian baharu dengan formula molekul RnSn[S2CNR'R"]4-n (bagi n = 2, R= CH3, C4H9, C6H5; bagi n= 3, R= C6H5; C6H11; R'dan R" = ligan ditiokarbamat). Kesemua sebatian telah disintesis menggunakan kaedah secara in situ melalui tindak balas terus antara amina sekunder dengan sebatian organostanum(IV) klorida pada suhu di bawah 4 C. Peratusan hasil yang diperoleh untuk setiap sebatian yang disintesis adalah pada julat 46- 89 %. Analisis unsur karbon, hidrogen, nitrogen dan sulfur (C,H, N, S) telah menunjukkan nilai peratus setiap unsur tersebut adalah berpadanan dengan formula molekul yang dicadangkan. Seterusnya, kesemua sebatian ini juga telah dicirikan untuk penentuan struktur molekul melalui analisis spektroskopi Fourier-transform inframerah (FTIR) dan resonan magnet nukleus (1H, 13C dan 119Sn RMN). Spektrum inframerah bagi kesemua sebatian telah menunjukkan kehadiran puncak serapan jalur tioureida pada julat nombor gelombang 1462- 498 cm-1 yang mencirikan ikatan separa ganda dua bagi ikatan C-N dalam moieti S2CNR'R". Puncak resonan karbon dari kumpulan S2CN pula dibuktikan dengan kehadiran isyarat pada julat anjakan kimia δc 196-202 ppm dalam spektrum 13C RMN. Berdasarkan data analisis kristalografi hablur tunggal sinar-X, mod pengkoordinatan ligan ditiokarbamat kepada atom pusat stanum (Sn) bagi sembilan hablur tunggal yang terhasil adalah secara anisobidentat melalui dua panjang ikatan Sn-S yang berbeza iaitu dalam julat 2.93-3.02 Å dan 2.47-2.61 Å. Seterusnya, kesemua sebatian diuji potensi antileukemianya terhadap sel selanjar (K562) dan sel bukan sasaran B limfosit (WIL2-NS) melalui asai MTT dan Annexin V FITC/PI. Semua sebatian yang diuji menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel K562 dengan nilai IC50 dalam julat 1.03-21.5 μM bagi rawatan selama 24 jam dengan mengaruh kematian sel secara apoptosis. Seterusnya, empat sebatian telah dipilih untuk diteruskan dengan kajian terhadap gangguan kitaran sel berdasarkan kepada potensi sitotoksiknya. Walau bagaimanapun, keempat-empat sebatian ini didapati memberikan kesan sitotoksik secara umum dengan nilai indeks selektiviti kurang daripada 2 (0.18-1.08). Pada tempoh 3 jam rawatan, dua sebatian didapati mampu mengaruh pemerangkapan kitaran sel K562 secara signifikan (p<0.05) pada fasa G1/S, namun begitu hanya satu sebatian iaitu sebatian dimetilstanum(IV) N,N-(bis-2- metoksietil)ditiokarbamat yang dikesan dapat menyebabkan kerosakan DNA melalui pembentukan mikronukleus. Sebatian ini telah terpilih untuk ujian seterusnya iaitu ujian interaksi DNA menggunakan spektroskopi ultraungu sinar nampak. Kehadiran puncak serapan hipokromisma pada panjang gelombang 289 nm menunjukkan berlakunya pengikatan elektrostatik antara sebatian dengan DNA. Kesimpulannya, sebatian baharu organostanum(IV) ditiokarbamat didapati memberikan kesan toksik terhadap sel K562 dengan mengaruh apoptosis melalui pengikatan antara sebatian dengan DNA dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen antileukemia yang baharu.,Ijazah Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectLeukemia-
dc.subject'Myeloid-
dc.subjectDNA-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenilaian potensi ketoksikan dan penentuan ciri pengikatan DNA oleh sebatian baharu organostanum (IV) ditiokarbamat terhadap sel selanjar leukemia meloid kronik (K562)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages332-
dc.identifier.callnoWH250.R218p-2021-9 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124018+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.