Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519909
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSiti Noraini Asmuri (P86139)-
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:53Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:53Z-
dc.date.issued2021-02-22-
dc.identifier.otherukmvital:123924-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519909-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan modul latihan pembimbing untuk warga emas dalam mempertingkatkan fungsi kehidupan harian, penglibatan sosial dan status emosi penghuni rumah jagaan warga emas dan juga status emosi pembimbing. Reka bentuk kajian adalah gabungan kajian kualitatif dan kuasai eksperimen di mana terdapat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan yang terdiri daripada kumpulan pasangan yang sihat (pembimbing) dan warga emas yang memerlukan bantuan dalam aktiviti harian (dirujuk sebagai warga emas). Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa utama. Fasa I adalah mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan fungsi kehidupan harian termasuk aktiviti harian asas (BADL) dan aktiviti harian instrumental (IADL), dan bantuan yang dihulurkan oleh penghuni terhadap penghuni yang memerlukan bantuan dalam aktiviti harian mereka. Fasa II adalah mereka bentuk dan membangunkan modul dan juga mengukur kebolehpercayaan borang Penilaian Prestasi Kemahiran Penjagaan Diri (PASS-MV) dan borang Ukuran Prestasi Pekerjaan Kanada (COPM), kedua-duanya versi Bahasa Melayu. Manakala, fasa III adalah untuk menilai keberkesanan modul terhadap prestasi warga emas dalam BADL, IADL, penglibatan sosial dan status emosi. Kajian ini juga menilai keberkesanan modul latihan pembimbing terhadap status emosi pembimbing. Populasi kajian adalah penghuni di Rumah Seri Kenangan (RSK) Cheras, Johor Bahru, Cheng, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Batu dan Seputeh. Pengukuran dasar dan pasca ujian dijalankan dengan menggunakan borang Modified Barthel Index, PASS-MV, COPM, dan Bahasa Malaysia Depression Anxiety Scale-21 (BM DASS21), kesemuanya merupakan versi Bahasa Melayu yang sedia ada. Hasil kajian fasa I yang menyumbang kepada reka bentuk dan pembangunan modul iaitu fasa analisis keperluan mendapati terdapat lima tema utama yang terhasil; pengetahuan penghuni dalam BADL dan IADL, sikap terhadap bantuan yang diberikan berkaitan BADL dan IADL, jenis bantuan yang diberikan, aktiviti yang paling penting untuk dilakukan dan punca yang menghalang dari melakukan aktiviti atau bantuan. Hasil kajian fasa II menunjukkan kesahan muka yang tinggi dan kesahan kandungan yang sederhana, namun masih diterima. Fasa II iaitu fasa intervensi kajian bagi warga emas menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama masa selepas menggunakan modul latihan bagi BADL (p=0.010). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan interaksi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap IADL dan penglibatan sosial. Status emosi warga emas pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan interaksi bagi ketiga-tiga domain kemurungan, keresahan dan tekanan. Manakala status emosi pembimbing menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan interaksi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap tahap kemurungan (p=0.045). Melalui reka bentuk dan pembangunan modul ini, diharapkan dapat memberi faedah kepada warga emas yang menghuni rumah jagaan warga emas dalam meningkatkan keupayaan mereka untuk lebih berdikari dan seterusnya dapat dipanjangkan manfaat program ini kepada warga emas di dalam komuniti. Bagi kajian akan datang, terjemahan modul ini ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehlaksanaan modul ini dalam kalangan kepelbagaian etnik di Malaysia.,Ijazah Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectActivities of Daily Living-
dc.subjectElderly-
dc.titlePembangunan dan keberkesanan modul latihan pembimbing dalam mempertingkatkan fungsi kehidupan harian, penglibatan sosial dan status emosi warga emas-
dc.typeTheses-
dc.format.pages362-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123924+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.