Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519894
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuzana binti Shahar, Profesor. Dr.-
dc.contributor.authorNorlela Binti Mohd Hussin (P74919)-
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:48Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:48Z-
dc.date.issued2020-03-27-
dc.identifier.otherukmvital:119435-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519894-
dc.descriptionPenyusutan kognitif merupakan punca utama kepada morbiditi dan mortaliti dan sebahagian besarnya membebankan individu terlibat, penjaga mereka, dan masyarakat amnya. Namun, maklumat dari kajian membujur tentang kadar insidens dan peramal bagi penyusutan kognitif ringan, multimorbiditi dan mortaliti dalam kalangan warga emas adalah terhad. Maklumat ini sangat penting bagi pembuat dasar untuk mengoptimakan kesihatan kognitif dalam kalangan warga emas. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar insidens dan mengenal pasti peramal bagi insidens penyusutan kognitif ringan, multimorbiditi dan mortaliti dalam kalangan warga emas di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian membujur selama satu setengah tahun (18 bulan) dalam kalangan warga emas di Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas. Sejumlah 2,322 orang warga emas yang terdiri daripada 1,114 lelaki dan 1,208 wanita dipilih dari empat negeri iaitu Perak (mewakili Zon Utara), Kelantan (mewakili Pantai Timur), Johor (mewakili Selatan) dan Selangor (mewakili Zon Tengah) menerusi prosedur pensampelan rawak pelbagai peringkat. Subjek ditemubual menggunakan soal selidik berstruktur bagi mendapat maklumat tentang sosio-demografi, sejarah perubatan, fungsi neuropsikologi dan psikososial, gaya hidup, kecergasan fizikal dan pengambilan makanan. Selepas susulan 1 ½ tahun, didapati kadar insidens bagi penyusutan kognitif ringan (MCI) dan mortaliti adalah 10.5 dan 1.6 per 100 orang-tahun masing-masing. Manakala kadar insidens bagi multimorbiditi adalah 13.7 dan 34.2 per 100 orang-tahun dalam kalangan subjek yang tiada penyakit dan mengalami satu penyakit pada peringkat dasar masing-masing. Warga emas lelaki dan mereka yang kurang melakukan aktiviti ransangan mental lebih berisiko mengalami MCI. Manakala IJT (22 - 27) kg/m2 berbanding dengan kumpulan rujukan iaitu IJT < 22 kg/m2, kurang penglibatan dalam aktiviti-aktiviti fizikal (gaya hidup), pengambilan harian zat besi yang tidak mencukupi dan tahap kecergasan fizikal yang rendah (TUG) merupakan peramal bagi insidens multimorbiditi. Tahap kecergasan fizikal yang rendah (ujian berdiri dan duduk) dan multimorbiditi pula merupakan peramal bagi insidens mortaliti. Kesimpulannya, kadar insidens MCI dan multimorbiditi adalah tinggi sepanjang tempoh susulan 1 ½ tahun, dan berkaitan dengan kurang aktiviti rangsangan mental dan aktiviti fizikal, tahap kecergasan yang rendah, lebih berat badan dan kurang zat besi dalam diet. Terdapat keperluan bagi merangka strategi pencegahan untuk melambatkan kejadian MCI, multimorbiditi dan mortaliti dalam kalangan warga emas melalui gaya hidup sihat dan kecergasan optima.,Doktor Falsafah Pemakanan Komuniti-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCognitive Behavioral Therapy-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKadar insidens penyusutan kognitif ringan, multimorbiditi dan mortaliti serta kaitannya dengan gaya hidup, kecergasan fizikal dan pemakanan dalam kalangan warga emas di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages350-
dc.identifier.callno9 Tesis Cd WM425.5 .C6N841k 2020-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119435+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.