Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519885
Title: Faktor risiko kanser payudara dalam kalangan wanita Malaysia yang menjalani mamografi di Hospital Kuala Lumpur
Authors: Norhayati Binti Mohd Zain (P80473)
Supervisor: Kanaga Kumari Chelliah, Prof (K)
Keywords: Kanser
Mamografi
Wanita
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Dec-2019
Description: Ketumpatan mineral tulang adalah penanda pendedahan kepada estrogen secara kumulatif. Pendedahannya merangsang pembahagian sel dalam stroma dan tisu epitelium payudara. Ketumpatan mineral tulang berpotensi sebagai faktor risiko kanser payudara, begitu juga pengambilan pemakanan dan aras kalsium serum. Kekurangan zat pemakanan tertentu memberi kesan pada keutuhan tulang. Walaubagaimanapun, faktor yang berpotensi menjadi faktor risiko kanser payudara ini belum dikaji dengan teliti dalam populasi Malaysia. Kajian ini menyasarkan untuk menentukan pembolehubah kepadatan tisu payudara, aras estrogen jumlah, aras kalsium serum, pengambilan pemakanan dan ketumpatan mineral tulang berpotensi sebagai faktor risiko kanser payudara dalam kalangan wanita yang menghidap dan tanpa kanser payudara. Sejumlah 135 wanita berumur 40 tahun ke atas secara sukarela menyertai kajian kes kawalan ini. Responden merupakan pesakit yang menjalani pemeriksaan mamografi di Jabatan Radiologi, Hospital Kuala Lumpur. Wanita yang telah menjalani mastektomi atau sedang menjalani rawatan kanser payudara dikecualikan. Responden melengkapkan borang sosio-demografi dan disoal mengenai pengambilan makanan harian untuk tiga hari menggunakan borang soal-selidik sejarah pemakanan. Responden juga menjalani densitometri tulang dan pengambilan 10 ml darah untuk penganalisaan aras estrogen jumlah dan aras kalsium serum. Sejumlah 49 responden (36.3%) adalah positif kanser manakala 86 responden (63.7%) tidak dan bertindak sebagai kawalan. Min umur responden adalah 52.3±6.4 tahun, penghidap kanser berumur 53.4±7.6 tahun manakala kawalan berumur 51.7±5.6 tahun. Min umur baligh adalah 12.9±1.8 tahun manakala min umur putus haid adalah 49.5±4.9 tahun. Min skor-T ketumpatan mineral tulang pada tulang belakang bagi kes dan kumpulan kawalan masing-masing adalah -0.56±1.1 dan -0.29±1.4, manakala min ketumpatan mineral tulang (g/cm2) masingmasing adalah 0.93±0.1 dan 0.95±0.2. Min skor-T ketumpatan mineral tulang pada pinggul bagi kumpulan penghidap kanser adalah -0.11 ±1.4 dan bagi kumpulan kawalan adalah -0.12±1.4. Ketumpatan mineral tulang adalah tidak signifikan antara kes dan kawalan pada kedua-dua tulang belakang (p=0.229) dan pinggul (p=0.699). Min aras estrogen jumlah dan kalsium serum bagi wanita menghidap kanser adalah 2 195.9±902.7 pg/mL dan 1.7±0.8 mmol/L; manakala kumpulan kawalan masing-masing adalah 2 781.5±87.8 pg/mL dan 2.4±0.4 mmol/L. Terdapat perbezaan signifikan pada aras estrogen jumlah (p<0.001) dan kalsium serum (p=0.015) antara wanita menghidap kanser dan kumpulan kawalan. Terdapat hubungan yang signifikan antara jenis kepadatan tisu payudara dengan jumlah estrogen (b = -76.8; 95% CI: -151.8, -1.8; p<0.05) menggunakan analisis regresi linear mudah. Ketumpatan mineral tulang pada tulang belakang (crude OR=0.89; 95% CI: 0.39, 1.99) dan pinggul (crude OR=1.54; 95% CI: 0.65, 3.62); jumlah estrogen (crude OR=0.99; 95% CI: 0.99, 0.99) serta corak pemakanan adalah faktor risiko yang tidak signifikan. Namun, pembentukan model akhir menggunakan regresi linear pelbagai menunjukkan hanya faktor kalsium serum (adjusted OR=1.39; 95% CI: 1.09, 1.77) menyumbang kepada kanser payudara. Wanita dengan peningkatan kalsium serum sebanyak 1 mmol/L mempunyai 39% kemungkinan lebih tinggi mendapat kanser payudara (95% CI: 1.09, 1.77, p<0.05). Kesimpulannya, ketumpatan mineral tulang, kepadatan tisu payudara, aras estrogen jumlah dan corak pemakanan kurang berpotensi sebagai faktor risiko kanser payudara, manakala kalsium serum berpotensi meningkatkan risiko mendapat kanser payudara. Dapatan kajian ini memberi implikasi pada pencegahan primer kanser payudara.,Ijazah Doktor Falsafah Pengimejan Diagnostik
Pages: 238
Call Number: WP879.N839f 2019
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116079+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.