Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519868
Title: Kesan suplementasi ekstrak rebusan jus kaliks rosel (hibiscus sabdariffa linn.) terhadap kerosakan hepar tikus diabetes aruhan streptozotosin
Authors: Nazratun Nafizah binti Akhtar Husin (P55567)
Supervisor: Jamaludin Mohamed, Prof. Dato. Dr.
Keywords: Diabetes melitus
Rosel
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jan-2018
Description: Kerosakan hepar diabetik merupakan satu fenomena yang terjadi di kalangan pesakit diabetes melitus (DM) terutamanya akibat tekanan oksidatif dan respon inflamasi. Kajian terdahulu membuktikan Hibiscus Sabdariffa Linn. (Rosel) mempunyai potensi terapeutik yang tinggi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan ekstrak rebusan jus kaliks Rosel terhadap kerosakan oksidatif, proses inflamasi, tapak jalan rangkaian isyarat selular proses inflamasi dan tekanan oksidatif serta perubahan morfologi tisu hepar tikus diabetes aruhan streptozotosin (STZ). Tikus Sprague Dawley jantan dewasa (n=40) dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu; Normal tanpa rawatan (NC), Normal dengan suplementasi Rosel (NR), Kawalan Diabetes (tanpa rawatan) (DC) dan Diabetes dengan suplementasi Rosel (DR). DM diaruh dengan STZ (45mg/kg berat badan) secara suntikan tunggal intravena. Rosel (100 mg/kg/hari) diberikan secara oral selama 28 hari berturut-turut. Di akhir kajian, tikus dikorbankan, plasma dan hepar diambil untuk dianalisa. Analisa fitokimia menunjukkan Rosel mengandungi kandungan flavonoid, glikosid, saponin, sterol, tannin, terpenoid, antrakuinon dan kompoun fenolik yang tinggi. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati suplementasi Rosel pada kumpulan normal tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding dengan kumpulan tikus normal tanpa rawatan untuk semua parameter kajian. Walaubagaimanapun, tikus DM yang disuplementasi Rosel mempunyai aras glukosa plasma yang lebih rendah dan aras insulin yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding tikus DM tanpa suplementasi Rosel. Suplementasi Rosel juga mampu mencegah kecederaan hepar secara signifikan (p<0.05) yang ditandai dengan pengurangan aktiviti enzim alanin transaminase (ALT) dan aspartat transaminase (AST) serum dan hepar tikus DM. Pemerhatian ultrastruktur menggunakan mikroskop elektron dan histologi melalui mikroskop cahaya mengesahkan keupayaan Rosel melindungi kerosakan struktur hepar pada tikus DM. Rosel juga didapati mampu mengurangkan kerosakan oksidatif hepar secara signifikan (p<0.05) dengan meningkatkan status antioksidan iaitu aktiviti enzim katalase, superoksid dismutase (SOD), keupayaan penurunan ferik plasma (FRAP), dan glutation (GSH) serta menurunkan aras produk tekanan oksidatif seperti produk glikasi lanjutan (AGE), protein karbonil (PC) dan malondialdehid (MDA) pada tikus DM. Malah, Rosel juga berjaya menurunkan aras sitokin pro-inflamasi iaitu interleukin-6 (IL-6), interleukin-1β (IL-1β) dan tumor nekrosis faktor-α (TNF-α) secara signifikan (p<0.05) pada tikus DM. Perencatan tekanan oksidatif dan proses inflamasi oleh Rosel melibatkan tapak jalan pengisyaratan selular yang dimanifestasikan melalui penurunan pengekspresan Faktor Nuklear -κB (NF-κB), mitogen teraktivasi protein kinase p38 (MAPK p38) serta peningkatan mitogen teraktivasi protein kinase ERK 1/2 (MAPK ERK 1/2). Kesimpulannya kajian ini membuktikan keupayaan Rosel dalam melindungi kerosakan hepar akibat diabetes melalui perencatan tekanan oksidatif dan proses inflamasi.,Doktor Falsafah
Pages: 281
Call Number: QZ150.N336k 2018 9
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99842+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.