Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519867
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Baharudin Omar, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah (P49234) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T09:30:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T09:30:38Z | - |
dc.date.issued | 2014-02-02 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74860 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519867 | - |
dc.description | Lalat phorid (Diptera:Phoridae) kerap dilaporkan dalam kes-kes entomologi forensik khususnya di dalam bangunan dan di kawasan tertutup. Namun, diversiti spesies dan bionomik lalat phorid berkepentingan forensik belum pernah dikaji dengan terperinci manakala data perkembangan spesies ini masih belum mencukupi bagi kegunaan pakar entomologi forensik untuk menentukan selang masa pasca kematian (PMI). Objektif kajian ini ialah untuk menentukan sesaran lalat phorid dan serangga berkepentingan forensik pada bangkai haiwan di beberapa persekitaran tertutup; merekodkan taksonomi lalat phorid berkepentingan forensik; membentuk model perkembangan spesies lalat phorid kosmopolitan, Megaselia scalaris (Loew), menggunakan beberapa siri suhu malar di makmal; serta menentukan kesan penggunaan diet agar hati lembu dan diet tisu hati lembu terhadap kadar perkembangan M. scalaris di makmal. Bagi objektif pertama, bangkai arnab putih jantan New Zealand diletakkan berasingan di kawasan terbuka (kawalan), dalam tong sampah, bagasi dan kabin tertutup selama 40 hari di Tapak Simulasi Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini merangkumi dua replikasi. Lalat phorid yang disampel daripada bangkai di kawasan terbuka terdiri daripada Dohrniphora cornuta (Bigot), M. nubilifurca Borgmeier, M. breviuscula (Brues), Megaselia sp. A, Megaselia sp. B, Megaselila sp. C dan Woodiphora parvula Schmitz. Bagi bangkai arnab dalam bagasi, M. scalaris dikenalpasti sebagai spesies lalat phorid paling dominan, diikuti Puliciphora borinquenensis Wheeler, Spiniphora sp. Malloch dan Bothroprosopa sp. Schmitz. Spesies lalat phorid yang disampel daripada persekitaran bagasi pula terdiri daripada Bothroprosopa sp., Do. cornuta, Gymnoptera simplex (Brues), Pu. borinquenensis dan W. parallela Borgmeier manakala di dalam kabin, spesies M. scalaris paling dominan diikuti M. spiracularis Scmitz dan Do. cornuta. Bagi objektif kedua, kajian dijalankan melalui analisis mikroskopi ke atas 21 spesies lalat phorid mewakili 10 genus yang disampel sepanjang tempoh kajian dan dihuraikan dengan lanjut. Melalui kekunci taksonomi ringkas, genus Bothroprosopa, Chonocephalus, Dahliphora, Dohrniphora, Gymnoptera, Megaselia, Metopina, Puliciphora, Spiniphora dan Woodiphora dapat dibezakan. Bagi objektif ketiga, model perkembangan M. scalaris menggunakan analisis regresi linear dibangunkan dengan memelihara spesies tersebut pada lapan siri suhu malar di antara 23C hingga 36C. Kadar perkembangan dapat dianggarkan melalui persamaan y = 0.000389 + 0.00011x, R2 = 0.73 (jantan) dan y = 0.00074 + 0.0001x, R2 = 0.66 (betina). Selain itu, tempoh perkembangan, nilai suhu ambang rendah, pemalar terma, data saiz larva dan puparia M. scalaris serta diagram isomegalen-isomorfen turut dibangunkan sebagai bahan rujukan bagi memudahkan pakar entomologi menganggar kadar perkembangan spesies lalat ini dalam siasatan forensik. Dalam objektif keempat, larva M. scalaris dipelihara pada diet tisu hati lembu dan agar hati lembu pada suhu 27, 30 dan 33C. Keputusan menunjukkan terdapat kesan signifikan (p<0.05) diet terhadap panjang puparia dan jisim lalat dewasa yang bergantung kepada suhu kajian. Ini membuktikan faktor diet dan suhu memainkan peranan penting dalam pembentukan model pembangunan lalat phorid di makmal. Kajian ini dijangka dapat memberikan informasi terbaharu dan memberi sumbangan kepada pengetahuan bionomik lalat phorid khususnya dalam bidang entomologi forensik. Di samping itu, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan penting untuk menentukan anggaran PMI yang lebih tepat bagi kes forensik melibatkan kematian di dalam bangunan dan di persekitaran tertutup.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Bionomik lalat phorid | |
dc.subject | Diptera Phoridae | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Forensic Entomology--Malaysia | |
dc.title | Bionomik lalat phorid (Diptera Phoridae) berkepentingan forensik di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 380 | |
dc.identifier.callno | QX500 .R1612b 2014 9 | |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74860+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.