Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519866
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suzana Shahar, Professor Dr. | - |
dc.contributor.author | Dwi Budiningsari (P75375) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T09:30:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T09:30:38Z | - |
dc.date.issued | 2018-10-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:99823 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519866 | - |
dc.description | Pemantauan dan rekod pengambilan pemakanan ialah satu langkah penting dalam proses penjagaan pemakanan untuk memastikan keperluan pemakanan pesakit dapat dipenuhi. Walau bagaimanapun, aspek rekod pengambilan makanan pesakit di hospital seringkali tidak dititikberatkan kerana kekurangan kakitangan dan kesukaran untuk melaksanakannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk pembangunan, pengesahan, dan penilaian Pictorial Dietary Assessment Tool (PDAT) untuk pesakit dewasa di Hospital Dr Sardjito, Yogyakarta, Indonesia. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa I ialah kajian keperluan yang berbentuk hirisan lintang terdiri daripada penilaian rekod pengambilan makanan semasa dijalankan dalam kalangan 111 orang jururawat, pegawai dietetik, dan pembantu perkhidmatan dari enam buah hospital di Yogyakarta. Fasa II dijalankan untuk membangunkan dan mengesahkan PDAT dalam kalangan 67 pesakit dibandingkan dengan penimbangan makanan. Kebolehpercayaan PDAT juga diukur dalam kalangan kakitangan penjagaan kesihatan (jururawat, pegawai dietetik, dan pembantu perkhidmatan). Fasa III menentukan kebersanan kos melaksanakan PDAT dalam kalangan pesakit diabetes dewasa di dalam wad; keberkesanan PDAT dalam meningkatkan ketepatan penilaian mengambilan diet dan kepuasan kakitangan penjagaan kesihatan apabila menggunakan PDAT. Fasa I menunjukkan 70% daripada responden menyatakan bahawa alat penilaian pemakanan semasa yang digunakan untuk merekod pengambilan makanan pesakit adalah mudah tetapi memerlukan proses yang rumit dalam pengiraan nutrien. Fasa II mendapati hubungan yang signifikan antara penimbangan makanan dengan PDAT untuk kandungan tenaga (r=0.919, p<0.05), protein (r=0,843, p<0.05), karbohidrat (r=0,912, p<0.05) dan lemak (r=0.952; p<0.05). Pengambilan pemakanan yang dinilai menggunakan PDAT dan penimbangan makanan tiada perbezaan yang signifikan (295 ± 163 vs 292 ± 158 kcal untuk tenaga; 13.9 ± 7.8 vs 14.1 ± 8.0 g protein; 46.1 ± 21.4 vs 46.7 ± 22.3 g untuk karbohidrat; 7.3 ± 3,06 vs 7.4 ± 3.10 g lemak; p>0.05). PDAT dan penimbangan makanan menunjukkan nilai kappa persetujuan yang memuaskan (0.81 untuk makanan ruji dan sumber protein daripada haiwan; 0.735 untuk sumber protein bukan haiwan). Intra-class correlation coefficient adalah antara 0,91-0.96 di kalangan responden. Fasa III mendapati masa untuk melengkapkan rekod pengiraan makanan pesakit menggunakan PDAT (2.31 ± 0.70 minit) adalah lebih pendek daripada Modified Comstock (3.53 ± 1.27 minit) (p<0.001). Kos untuk merekod pengambilan diet bagi setiap pesakit adalah lebih tinggi sedikit untuk PDAT (USD 0.27 ± 0.02) berbanding Modified Comstock (USD 0.26 ± 0.04) (p<0.05). Ketepatan pengambilan tenaga dan protein oleh Modified Comstock adalah 10% dan 40% lebih rendah daripada PDAT. Purata skor bagi kepuasan pengguna dalam kalangan kakitangan penjagaan kesihatan adalah jauh lebih tinggi untuk PDAT berbanding Modified Comstock (p<0.05). Kesimpulannya, PDAT ialah alat pengiraan makronutrien yang sah digunakan untuk pesakit dewasa di hospital. PDAT memerlukan masa yang lebih singkat dan memberi kepuasan lebih baik berbanding Modified Comstock. Hanya USD 0.01 diperlukan untuk meningkatkan tahap kepuasan pengguna dan ketepatan pengiraan tenaga sebanyak 10% dan 30% untuk protein apabila menggunakan PDAT.,Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | eng | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pemakanan | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Development, validation and evaluation of Pictorial Dietary Assessment Tool (PDAT) for Hospitalized Adult Patients at Dr. Sardjito Hospital Yogyakarta, Indonesia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 133 | - |
dc.identifier.callno | QU146.D991d 2018 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99823+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.