Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519862
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZariyantey Abd Hamid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorChow Paik Wah (P63113)
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:37Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:37Z-
dc.date.issued2017-01-23
dc.identifier.otherukmvital:99542
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519862-
dc.descriptionSel stem dan progenitor hematopoietik (SSPH) adalah sasaran utama benzena dalam mengaruh hematotoksisiti dan leukemogenesis. Sehingga kini, pengetahuan tentang mekanisme toksisiti aruhan benzena yang menyasarkan populasi SSPH berlainan keturunan (lineage) masih terhad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami kesan pendedahan benzena pada populasi SSPH melalui strategi lineage-directed beserta kombinasi analisa profil klonogenik dan toksikogenomik. Sel sumsum tulang (SST) mencit didedahkan kepada metabolit benzena, 1,4-benzokuinon (1,4-BQ) secara ex vivo pada julat kepekatan (0-40 μM) selama 24 jam. Hasil menunjukkan 1,4-BQ mengaruh sitotoksisiti pada SST dengan kepekatan IC10 (5 μM), IC25 (7 μM), dan IC50 (12 μM) yang diperolehi dan seterusnya digunakan pada fasa pertama kajian. Pendedahan kepada 1,4-BQ mengaruh kematian sel secara apoptosis berbanding nekrosis. Sitotoksisiti yang signifikan (p < 0.05) terhadap populasi sel stem hematopoietik (Sca-1+), limfosit B (CD45+) dan mieloid (CD11b+ dan Gr-1+) diperhatikan pada 7 dan 12 μM 1,4-BQ. Klonogenisiti SSPH didapati menurun secara signifikan (p < 0.05) bersandar kepada jenis keturunan progenitor. Penurunan klonogenisiti yang signifikan (p < 0.05) diperhatikan pada progenitor eritroid (CFU-E dan BFU-E) dan mieloid (CFU-G) pada semua kepekatan. Penurunan klonogenisiti yang signifikan (p < 0.05) juga diperhatikan pada kepekatan tertentu melibatkan progenitor mieloid [CFU-M (5 dan 12 μM), CFU-GM (7 dan 12 μM) dan CFUGEMM (12 μM)] dan progenitor limfoid Pre-B (7 dan 12 μM). Kekerapan relatif aberasi kromosom (CA) terutamanya secara translokasi Robertsonian meningkat secara signifikan (p < 0.05) pada SST dan semua kumpulan progenitor pada semua kepekatan 1,4-BQ dengan kekerapan relatif CA progenitor limfoid Pre-B diperhatikan lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) berbanding progenitor lain pada 7 μM. Fasa kedua kajian diteruskan dengan mengkaji kesan pendedahan 1,4-BQ pada kepekatan yang tidak sitotoksik (1.25 dan 2.5 μM) ke atas profil klonogenik dan toksikogenomik SSPH berlainan keturunan. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya penurunan klonogenisiti progenitor mieloid (1.25 dan 2.5 μM) berserta peningkatan pengekspresan gen HoxB4 (1.25 dan 2.5 μM) dan gen GATA3 (2.5 μM) yang signifikan (p < 0.05). Kekerapan relatif CA terutamanya translokasi Robertsonian meningkat secara signifikan (p < 0.05) pada SST dan semua kumpulan progenitor dengan progenitor limfoid Pre-B menunjukkan kekerapan relatif CA yang lebih tinggi secara signifikan (p < 0.05) berbanding progenitor eritroid. Kesimpulannya, pendedahan kepada 1,4-BQ memberi kesan ke atas profil klonogenik dan toksikogenomik SSPH mencit berlainan keturunan (mieloid, limfoid Pre-B, dan eritroid). Toksisiti 1,4-BQ ini adalah bergantung kepada jenis keturunan progenitor. Penemuan ini telah menerangkan mekanisme penting aruhan ketaknormalan hematologi oleh benzena yang menyasarkan sistem biologi SSPH.,Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan
dc.rightsUKM
dc.subjectSel stem
dc.subjectProgenitor hematopoietik
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleProfil klonogenik dan toksikogenomik sel stem dan progenitor hematopoietik berlainan keturunan mencit aruhan 1,4-benzokuinon
dc.typeTheses
dc.format.pages250
dc.identifier.callnoQV38.5.C552p 2017 9
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99542+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.