Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519861
Title: Pengenalpastian dan pencirian probiotik novel dari sumber ikan terfermentasi serta fungsinya dalam inflamasi
Authors: Ida Muryany Md Yasin (P77000)
Supervisor: Nor Fadilah Raja, Prof. Madya Dr.
Keywords: Probiotik novel
Ikan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Nov-2017
Description: Probiotik adalah mikroorganisma yang hidup di dalam persekitaran gastrousus yang mampu meningkatkan kesihatan manusia apabila diambil dalam dos tertentu serta berupaya menghasilkan reaksi imunologi dengan sel perumah untuk bertindak dalam proses inflamasi. Permasalahan kajian ini adalah untuk mengenalpasti probiotik novel yang mampu memberi kesan imunomodulatori dalam keadaan inflamasi. Sebanyak 44 pencilan berjaya dipencilkan melalui teknik pengkulturan pada agar de Man Rogosa (MRS). Hanya tiga pencilan iaitu L8, L20 dan S1 yang positif antagonis ke atas bakteria petunjuk iaitu Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan Klebsiella sp. melalui kaedah asai penelapan telaga. Pengenalpastian berdasarkan analisis filogenetik gen jujukan 16S rRNA dan "Internal Transcribed Spacer" (ITS) telah mengenalpasti pencilan L8 sebagai Lactobacillus plantarum strain L8 dan pencilan L20 sebagai Lactobacillus plantarum strain L20 manakala jujukan gen recA telah mengesahkan pencilan S1 adalah Lactobacillus pentosus strain S1. Penilaian kefungsian melalui aktiviti sitotoksik probiotik L8, L20 dan S1 telah dijalankan menggunakan asai MTT dan data menunjukkan ketiga-tiga probiotik tidak bersifat sitotoksik terhadap sel selanjar adenokarsinoma kolon HT-29 dan sel selanjar fibroblast kolon CCD-18Co. Skor perlekatan ketiga-tiga probiotik menggunakan pewarnaan Giemsa mempamerkan aktiviti perlekatan yang tinggi manakala corak perlekatan yang ditunjukkan oleh Scanning Electron Microscope (SEM) menunjukkan kesemua probiotik beragregasi dan melekat dengan baik pada permukaan sel. Ujian hidrofobisiti dan autoagregasi menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu masing-masing bagi probiotik L20 sebanyak 78% dan 80%, L8 sebanyak 72% dan 81% dan S1 sebanyak 65% dan 77%. Seterusnya, aktiviti imunomodulatori probiotik dikaji dengan mengukur aras sitokin anti-inflamasi (IL-6 dan IL-10) dan pro-inflamasi (IL-12 dan IFNγ) menggunakan imunoasai Milliplex Map Kit manakala analisis ekspresi pengawalaturan gen sitokin dijalankan menggunakan PCR masa nyata yang dihasilkan oleh sel HT-29 dan CCD-18Co setelah dirawat probiotik tanpa atau dengan aruhan LPS. Hasil kajian menunjukkan sel HT-29 yang dirawat probiotik tanpa dan dengan aruhan LPS selepas 24 jam hanya meningkatkan penghasilan IL-12 dan IFNγ manakala selepas 48 jam, hanya IL-10 dan IL-12 dihasilkan. Bagi sel CCD-18Co yang dirawat probiotik tanpa dan dengan aruhan LPS, semua sitokin dihasilkan selepas 24 dan 48 jam pengeraman. Gen IL-12 dan IFNγ diekspresikan pada kedua-dua tempoh pengeraman namun IL-6 dan IL-10 hanya diekspresikan selepas 48 jam pengeraman oleh sel HT-29 yang dirawat probiotik tanpa dan dengan aruhan LPS. Bagi sel CCD-18Co pula, semua gen sitokin diekspresikan pada kedua-dua tempoh pengeraman namun pengekspresan gen IL-6 oleh L. pentosus strain S1 menunjukkan peningkatan paling tinggi berbanding gen sitokin lain setelah dirawat probiotik tanpa atau dengan aruhan LPS. Kesimpulannya, kajian ini berjaya memencilkan dan mengenalpasti bakteria iaitu Lactobacillus plantarum strain L8 (KT591874), Lactobacillus plantarum strain L20 (KT591875) dan Lactobacillus pentosus strain S1 (KT920464) yang mempunyai ciri probiotik dan mempamerkan aktiviti perlekatan dan aggregasi yang kuat pada kedua-dua sel intestinal serta berpotensi meningkatkan aktiviti imunomodulatori.,Ph.D.
Pages: 207
Call Number: QU145.5.I18p 2017 9 Tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98748+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
669.67 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.