Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519850
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuzita Abd Talib, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorKoo Hui Chin (P69015)-
dc.date.accessioned2023-10-17T09:30:33Z-
dc.date.available2023-10-17T09:30:33Z-
dc.date.issued2017-02-01-
dc.identifier.otherukmvital:85567-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519850-
dc.descriptionPrevalens obesiti kanak-kanak meningkat dengan mendadak. Bijirin penuh dibuktikan berupaya menurunkan ukuran antropometri, akan tetapi, intervensi pemakanan sihat yang memberi fokus kepada bijirin penuh dalam menangani obesiti kanak-kanak tidak pernah dijalankan di Malaysia, bahkan Asia Tenggara. Kajian GReat-ChildTM dijalankan dalam kalangan kanak-kanak Kuala Lumpur untuk membentuk, melaksana dan menilai keberkesanan satu model intervensi pemakanan sihat yang menerap pengambilan bijirin penuh untuk menangani obesiti kanak-kanak. Kajian ini melibatkan tiga fasa, berdasarkan panduan Teori Pemetaan Intervensi. Fasa I dijalankan untuk membentuk, menilai kesahihan dan menentu tahap kebolehpercayaan borang soal selidik pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) pengambilan bijirin penuh. Hasil kajian Fasa I menunjukkan bahawa 15 soalan pengetahuan, 15 soalan sikap dan 10 soalan amalan yang dibentuk mempunyai tahap kesahihan dan keboleh-percayaan yang amat memuaskan. Soal selidik yang dibentuk dalam Fasa I digunakan dalam Fasa II dan III. Fasa II dijalankan untuk menentu tahap KAP pengambilan bijirin penuh kanak-kanak, corak pemakanan dan tahap pengambilan nutrien. Ia juga mengkaji hubungan antara tahap pengambilan nutrien dan tahap KAP pengambilan bijirin penuh dengan ukuran antropometri. Hasil kajian Fasa II menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak mempunyai tahap KAP pengambilan bijirin penuh yang rendah. Mereka juga mempunyai tahap pengambilan serat, kalsium, tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, zink dan selenium yang rendah berbanding dengan saranan RNI Malaysia. Tahap pengambilan serat dan mikronutrien serta tahap KAP pengambilan bijirin penuh mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan ukuran antropometri. Hasil kajian Fasa II memberi cadangan bahawa bijirin penuh yang kaya dengan serat dan mikronutrien penting dalam intervensi obesiti kanakkanak. Fasa III bertujuan menentukan keberkesanan 12-minggu intervensi GReat- Child. Intervensi ini merangkumi tiga komponen berdasarkan Teori Kognitif Sosial, iaitu (1) enam sesi 30-minit kelas pendidikan pemakanan, (2) pemberian makanan bijirin penuh pada setiap waktu rehat secara percuma dan (3) satu jam sesi kaunseling pemakanan untuk ibu bapa. Penilaian keberkesanan intervensi ini berdasarkan model penilaian Kirkpatrick. Hasil penilaian menunjukkan bahawa tahap penerimaan dan kepuasan kanak-kanak terhadap intervensi ini adalah tinggi. Intervensi ini juga berjaya menurunkan ukuran antropometri, meningkat tahap KAP pengambilan bijirin penuh dan meningkat tahap pengambilan serat dan mikronutrien dalam kumpulan intervensi selepas menyertai 12-minggu intervensi. Akan tetapi, hasil penilaian tersebut tidak dapat dimampan pada lawatan susulan, iaitu 6-bulan selepas intervensi dijalankan. Sesi temu bual dijalankan untuk menentukan faktor halangan dan faktor galakan dalam mengekal kemampanan intervensi ini. Hasil sesi temu bual menunjukkan bahawa kelas pendidikan, persepsi ibu terhadap obesiti kanak-kanak, tahap ekonomi keluarga dan sikap kanak-kanak penting dalam mengekal kemampanan intervensi ini. Secara kesimpulannya, intervensi pemakanan sihat yang menerap pengambilan bijirin penuh membantu dalam menangani obesiti kanak-kanak. Intervensi sedemikian harus dirujuk oleh kerajaan dalam rancangan polisi yang bertujuan menangani obesiti kanak-kanak Malaysia. Pendidikan pemakanan yang menerap pengambilan bijirin penuh juga harus dirangkumi dalam kelas pendidikan jasmani dan kesihatan untuk meningkat tahap pengambilan bijirin penuh dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.,Ijazah Doktor Falsafah (Pemakanan)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectObesiti-
dc.subjectBijirin penuh-
dc.subjectAntropometri-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKajian great-child : keberkesanan intervensi pemakanan sihat dan bijirin penuh dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah untuk menangani obesiti kanak-kanak-
dc.typeTheses-
dc.format.pages390-
dc.identifier.callnoWS20.K82k 2017 9-
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85567+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.