Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519761
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZarina Othman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSri Muryantini (P35828)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:28Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:28Z-
dc.date.issued2014-12-25-
dc.identifier.otherukmvital:81025-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519761-
dc.descriptionSelepas berakhirnya Perang Dingin, banyak isu yang dahulunya terpinggir kini mendapat perhatian sarjana hubungan antarabangsa. Ini kerana persaingan senjata sudah tidak lagi menjadi topik utama. Antaranya termasuklah, konflik Papua di Indonesia yang telah berlarutan selama hampir lima dekad. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak pemerintah Indonesia, namun sehingga kini konflik ini masih berterusan. Kajian ini bertujuan mengkaji konflik Papua dari awal kemasukannya ke wilayah Indonesia pada tahun 1962 sehingga 2012 dan impaknya ke atas hubungan Indonesia dengan jiran serantau, terutamanya Australia dan Papua New Guinea (PNG). Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu untuk : mengenal pasti dasar yang diputuskan oleh pemerintah pusat untuk menyelesaikan konflik Papua khasnya pada era reformasi; menganalisa impak konflik Papua terhadap Australia dan usaha memperbaiki hubungan dua hala; serta menganalisa impak konflik Papua terhadap negara jiran, Papua New Guinea dan usaha memperbaiki hubungan dua hala. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana kedua-dua data primer dan sekunder telah digunakan. Data primer dikutip melalui kaedah temubual mendalam dengan informan primer yang mempunyai sumber autoritatif, sementara soal selidik, diedarkan secara persampelan. Data sekunder diperolehi melalui buku, jurnal, akhbar, dan hasil kajian lepas. Dapatan kajian mendapati tiga penemuan penting. Pertama, kejatuhan Soeharto iaitu pencetus era reformasi menjadikan sistem pemerintahan di Indonesia lebih demokrasi di mana dasar autonomi khusus untuk menyelesaikan Papua ditubuhkan dengan kewujudan Majlis Rakyat Papua. Kedua, Australia mempunyai kepentingan terhadap Papua kerana ianya kaya dengan sumber alam semula jadi, dan ianya bertindak sebagai negara penampan. Untuk itu, kedua negara melakukan perjanjian kerjasama bilateral, Australia – Indonesia Agreement on Maintaining Security (AMS) pada tahun 1995 sebagai usaha untuk membaiki hubungan diplomatik. Ketiga, Papua New Guinea mempunyai kepentingan terhadap Papua kerana adanya persamaan ras. Untuk itu, usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk memperbaiki hubungan kedua-dua negara adalah melakukan perjanjian kerjasama bilateral, misalnya menandatangani perjanjian sempadan antara Indonesia dan PNG pada 4 Februari 1982. Berdasarkan bukti empirik ini, kajian ini mencadangkan agar kerajaan Indonesia berusaha untuk membangunkan Papua menjadi lebih moden sebagai salah satu jalan penyelesaian konflik.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKonflik negara-
dc.subjectHubungan Papua New Guinea dengan Indonesia-
dc.subjectJiran serantau-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKonflik Papua dan impaknya terhadap hubungan Indonesia dengan jiran serantau-
dc.typetheses-
dc.format.pages316-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Konflik Papua dan impaknya terhadap hubungan Indonesia dengan jiran serantau.pdf
  Restricted Access
Partial2.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.