Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519753
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff-
dc.contributor.authorSarwan-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:23Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:23Z-
dc.date.issued2011-10-12-
dc.identifier.otherukmvital:71377-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519753-
dc.descriptionKajian ini menganalisis isu kemajuan dalam majalah Al-Imam (1906-1908) Singapura dan majalah Al-Munir (1911-1916) Padang. Objelctif utama kajian meneliti isu-isu yang dibangkitkan Al-Imam dan Al-Munir. Objektif kedua untuk menganalisis tiga isu utama AI-Imam dan Al-Munir, iaitu isu pendidikan, wanita dan agama. Objektif terakhir untuk menilai persamaan dan perbezaan antara AI-Imam dan Al-Munir. Isu kemajuan AI-Imam dan AI-Munir dijadikan sebagai fokus kajian memandangkan ia merupakan isu kontroversi antara Kaum Muda dengan Kaum Tua yang menyemarakkan kemajuan pemikiran dan gerakan umat Islam di Nusantara pada awal abad ke 20 M. Metodologi kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan sumber primer utama naskah Al-Imam dan Al-Munir. Manakala sumber sekunder pula ialah maklumat yang diperoleh daripada buku, tesis, jurnal, akhbar, kertas kerja seminar, risalah, gambar dan dokumen yang berkaitan. Pendekatan kajian bersifat analisis deskriptif dan interpretasi kritikal terutamanya dalam pemeriksaan fakta yang ada hubungan dengan permasalahan pokok tesis. Hasil kajian mendapati bahawa AI- Imam dan Al-Munir menilai ilmu pengetahuan agama dan ilmu pengetahuan moden sangat penting bagi kemajuan umat Islam Nusantara. Al-Imam dan Al-Munir berpendapat bahawa kaum wanita mesti dimajukan dan dihantar ke sekolah. Kemudian Al-Imam dan Al-Munir menentang syirik serta bidaah. Akhimya kajian ini menunjukkan bahawa pokok utama isu kemajuan Al-Imam dan Al-Munir adalah selari kerana faktor sumber, persamaan budaya dan interaksi yang berterusan. Selain itu ada juga terdapat perbezaan dari segi penerimaan masyarakat terhadap isu yang dikemukakan. Kajian ini boleh memberikan sumbangan kepada penemuan baru tentang berkembangnya wacana ilmiah terhadap kelangsungan isu-isu yang dikemukakan oleh Al-Imam dan Al-Munir.,Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of West Asian Studies / Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMajalah Al-Imam-
dc.subjectAl-Munir-
dc.subjectMajalah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleIsu Kemajuan Dalam Majalah Al-Imam (1906-1908) dan Al-Munir (1911-1915)-
dc.typetheses-
dc.format.pages326-
dc.identifier.callnoBP173.25.S245 2012 tesis-
Appears in Collections:Institute of West Asian Studies / Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.