Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519747
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Emeritus Dato'Dr. Nik Hassan Shuhaimi Abd. Rahman | - |
dc.contributor.author | Mastor Surat | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:14:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:14:19Z | - |
dc.date.issued | 2012-10-02 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:71332 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519747 | - |
dc.description | Kubah merupakan unsur yang telah dianggap serasi dengan Senibina Islam di Malaysia dan di seluruh dunia umumnya. Kebanyakan masjid besar di Asia, Amerika Syarikat dan Eropah mempunyai kubah dan ini menunjukkan percanggahan kefahaman terhadap Senibina Islam bukan sahaja gejala tempatan tetapi juga merupakan gejala sejagat. Sehingga kini Senibina Islam khususnya masjid masih dilihat melalui pandangan yang kabur. Gaya dan perwatakan masih menjadi acara utama pembangunanya disamping nilai keindahan dan kehebatan walaupun Islam menganjurkan kesederhanaan dan melarang pembaziran, berlebihan dan sikap menunjuk-nunjuk. Akibatnya umat Islam masih tiada jawapan atau panduan jelas tentang bentuk dan gaya senibina masjid yang sewajarnya. Kajian thesis ini mempunyai lima matlamat utama iaitu pertama; mengenal pasti kecanggungan kubah pada binaan masjid, kedua; membuktikan dan menjelaskan bahawa kubah bukan berasal dari pemikiran Islam, ketiga; membentangkan penjelasan dan pentakrifan keibadatan serta perlambangan yang sering dikaitkan dengan penggunaan kubah, keempat; mencerakinkan dan merungkailunas serta falsafah Modernism dan Post- Modernism yang tidak menyokong penggunaan kubah dan kelima; mencadangkan suatu rangka pemikiran baru dalam pembentukan lunas dan pendekatan Senibina Islam semasa. Tata kaedah yang digunakan dalam tesis ini boleh disifatkan sebagai tata kaedah falsafah kerana ia melibatkan penjelasan gagasan dan sistem, pentafsiran semula gagasan pendapat dan keibadatan agama serta perbahasan terhadap akhlak senibina. Kajian thesis ini berusaha untuk membincangkan sepuluh perbahasan bagi melihat semula tanggapan tersebut melalui lima tajuk utama perbincangan. Dalam usaha untuk mencari jawapan kepada permasalahan yang dibangkitkan, thesis ini cuba untuk membangunkan suatu kerangka dan asas pemikiran serta teori dan falsafah Senibina Islam semasa melalui pendekatan keilmuan senibina hakiki dengan memberikan penekanan kepada keadaan dimana sesebuah bangunan tersebut dibangunkan dengan merujuk kepada pelbagai unsur yang berkaitan dengan nilai setempat dan nilai sezaman yang akan menjadi identiti kepada masyarakat yang membangunkan binaan terse but. Kesimpulan dibuat bahawa kubah adalah unsur yang digunakan berikutan pengaruh dari hakikat sejarah dan keperluan teknologi semasa dan bukan sebagai unsur suci atau kudus ataupun sebagai nilai penyejagatan Senibina Islam. Kajian tesis ini merupakan lanjutan dari pelbagai penulisan mengenai Senibina Islam khususnya masjid bagi tujuan untuk menambah serta memperkayakan lagi wacana mengenaiSenibina Islam dalam usaha untuk membuka pemikiran umat Islam bahawa Senibina Islam dan masjid tidak wajar hanya dilihat pada rupabentuk luaran semata-mata tetapi perlu juga dilihat kepada pelbagai nilai yang ada bila melakukan kerja rekabentuk dan pembangunannya.,Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation/Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kubah | - |
dc.subject | Masjid | - |
dc.subject | Senibina | - |
dc.subject | Mosques -- Designs and plans -- Malaysia | - |
dc.title | Permasalahan Dalam Penggunaan Kubah Sebagai Unsur Utama Senibina Masjid Di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 423 | - |
dc.identifier.callno | DS594.M37 2012 tesis | - |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.