Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519742
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr. Mohd Hanafi bin Mohd Yasin-
dc.contributor.authorJamila K.A. Mohamed Kutty-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:16Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:16Z-
dc.date.issued2014-09-
dc.identifier.otherukmvital:70839-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519742-
dc.descriptionPeringkat awal kanak-kanak merupakan tempoh yang penting bagi perkembangan literasi kanak-kanak. Ini kerana perkembangan bahasa dan literasi bermula sejak lahir dan merupakan proses sepanjang hay at. Perkembangan bahasa menjadi semakin meluas dalam tempoh prasekolah. Kemahiran literasi terbentuk dalam diri kanak- kanak apabila penguasaan perbendaharaan kata mereka meningkat dan mereka menggunakan ayat yang kompleks. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengajaran dan pembelajaran kemahiran literasi bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti tanggapan guru terhadap efikasi kendiri mereka dalam pengajaran literasi, tanggapan guru terhadap pembelajaran murid, cara guru menyediakan peluang pembelajaran literasi dan cabaran yang dihadapi oleh guru. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif, melibatkan 12 orang guru prasekolah di 12 buah sekolah. Data dikumpul menggunakan teknik temu bual, disokong dengan data pemerhatian dan analisis dokumen. Semua data dianalisis dengan berbantukan perisian NVivo8 bagi menyusun tema dan kategori. Hasil kajian mendapati majoriti guru prasekolah kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan khas masalah pendengaran. Mereka juga kurang mahir dalam mengajar kemahiran literasi bagi murid bermasalah pendengaran. Sebahagian besar guru mempunyai tanggapan dan jangkaan yang rendah terhadap keupayaan dan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan menulis. Tanggapan dan jangkaan tersebut ditonjolkan menerusi peluang pembelajaran yang mereka sediakan. Selain itu, guru prasekolah juga menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan pengajaran literasi. Antara cabaran yang dihadapi adalah dari segi bahan, kaedah pengajaran serta cabaran mengajar murid bermasalah pendengaran dengan pelbagai ketidakupayaan. Berdasarkan amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh peserta kajian, kajian ini telah mengenal pasti amalan-amalan yang dilakukan bagi menambahbaik pengajaran dan pembelajaran literasi. Amalan-amalan tersebut dibentuk sebagai ciri-ciri peluang pembelajaran literasi dan skema aktiviti membaca buku cerita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha penambahbaikan program latihan guru prasekolah sangat perlu diadakan khususnya dalam aspek pengajaran membaca dan menulis bagi murid bermasalah pendengaran. Program latihan tersebut sewajarnya dilaksanakan baik di peringkat praperkhidmatan mahupun di peringkat latihan dalam perkhidmatan bagi peningkatan profesionalisme guru prasekolah masalah pendengaran.,Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPenerapan-
dc.subjectKemahiran-
dc.subjectPrasekolah-
dc.subjectLiterasi-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenerapan Kemahiran Literasi Bagi Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas-
dc.typetheses-
dc.format.pages373-
dc.identifier.callnoLC3969.J339 2012 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.