Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519738
Title: Peranan sikap ketidakfungsian dan penghargaan kendiri di dalam hubungan antara sokongan sosial dan tahap kemurungan dalam kalangan remaja akhir
Authors: Cheng Sau Keng
Supervisor: Prof. Madya Dr. Fatimah Yusooff
Keywords: Penghargaan
Sosial
Murung
Remaja
Adolescent psychology -- Malaysia
Issue Date: 13-Jul-2012
Description: Kajian yang dijalankan ini telah memfokus ke atas hubungan di antara sokongan sosial, sikap ketidakfungsian, penghargaan kendiri dan tahap kemurungan dalam kalangan remaja akhir di kawasan Lembah Klang, Malaysia. Secara spesifiknya, kajian ini adalah mengenai kesan moderating dan mediating daripada sikap ketidakfungsian dan penghargaan kendiri di dalam hubungan prediktif sokongan sosial dan tahap kemurungan remaja akhir yang diwakili oleh pelajar-pelajar Tingkatan Enam dan pre-universiti. Dengan teknik survey soal selidik, alat-alat kajian yang digunakan merangkumi Interpersonal Support Evaluation List (ISEL), Perceived Social Support Scale (PSS), Dysfunctional Attitudes Scale (DAS), Rosenberg Self- Esteem Scale (RSES), dan Beck Depression Inventory (BDI). Pada asasnya, keputusan kajian telah menunjukkan bahawa sokongan so sial yang rendah, sikap ketidakfungsian yang tinggi ataupun penghargaan kendiri yang rendah adalah berkait dengan tahap kemurungan yang tinggi. Secara lebih mendalam pada hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, keputusan kajian menunjukkan bahawa sikap ketidakfungsian berperanan sebagai mediator yang signifikan di dalam hubungan prediktif sokongan so sial dan tahap kemurungan, serta di dalam model moderated mediation yang disederhanakan (moderated) oleh penghargaan kendiri. Manakala penghargaan kendiri bertindak sebagai moderator di dalam hubungan prediktif sokongan sosial dan tahap kemurungan yang diantarakan (mediated) oleh sikap ketidakfungsian walaupun ia berperanan sebagai mediator di dalam hubungan prediktif sokongan sosial dan tahap kemurungan semasa sikap ketidakfungsian tidak dimasukkan dalam model kajian. Keputusan kajian tersebut adalah yakin dilaporkan dengan pengujian keesahan dan kebolehpercayaan keputusan kajian atas penggunaan alat-alat kajian tersebut serta kuasa (power) dengan sample size yang digunakan. Keputusan kajian telahjuga dibincang untuk menerangkan isu-isu kajian ini.,Doktor Falsafah
Pages: 333
Call Number: BF724.C484 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.