Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519736
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Dr. Nor Aishah Buang-
dc.contributor.authorShamsuri Bin Abdullah-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:13Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:13Z-
dc.date.issued2012-05-10-
dc.identifier.otherukmvital:68907-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519736-
dc.descriptionKajian ini bertujuan menguji keberkesanan modul pemikiran keusahawanan terhadap efektif dan afektif penjanaan idea perniagaan dalam kalangan pelajar politeknik. Modul pemikiran keusahawanan dibangunkan berasaskan kepada model pemikiran keusahawanan dengan menggunakan reka bentuk pengaj aran analysis, design, development, implementation, evaluation (ADDIE), strategi pembelajaran penemuan terbimbing dan teknik kreativiti. Elemen efektif penjanaan idea perniagaan yang diukur ialah bilangan idea dan kualiti idea. Manakala elemen afektif yang dikaji ialah kecenderungan menjana idea dan kecenderungan menilai idea secara pra-matang. Kajian eksperimen kuasi ini menggunakan reka bentuk ujian pra dan pos Solomon empat kumpulan. Sebanyak empat buah politeknik telah dilibatkan dalam kajian ini. Dua buah politeknik telah diumpukkan secara rawak kepada kumpulan eksperimen dan dua yang lain kepada kumpulan kawalan yang melibatkan 98 orang subjek. Subjek di dalam kumpulan rawatan telah mengikuti modul selama enam minggu manakala subj ek dalarn kumpulan kawalan mengikuti pembelajaran secara konvensional iaitu secara kuliah dan tugasan dalam tempoh mas a yang sarna. Dua temu bual kumpulan fokus diadakan selepas pelajar mengikuti modul untuk mendapatkan pandangan pelajar tentang pembelajaran menggunakan modul. Dapatan kajian menunjukkan modul berkesan dalam meningkatkan bilangan idea dan kualiti idea perniagaan. Terdapat perbezaan skor min bilangan idea dan kualiti idea yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan. Begitu juga terdapat perbezaan yang signifikan apabila membandingkan ujian pos kedua-dua pemboleh ubah di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Namun, keberkesanan modul dalarn mengubah afektif penjanaan idea perniagaan tidak dapat disahkan secara statistik. Analisis kualitatif data temu bual telah menghasilkan empat tema iaitu merangsang idea perniagaan, menggalakkan sikap pemikiran mencapah, pembelajaran langkah demi langkah dan pembelajaran terbimbing. Hasil temu bual mendapati subjek kajian berpandangan modul merangsang minda untuk menghasilkan idea perniagaan yang banyak dan berkualiti. Mereka juga berpendapat modul menunjukkan langkah demi langkah dalam menjana idea perniagaan. Pelajar juga mengakui bahawa modul memupuk sikap pemikiran mencapah seperti berfikiran terbuka dan menghargai idea tidak masuk akal. Pelajar juga bersetuju bahawa strategi pengajaran penemuan terbimbing mengupayakan mereka untuk berfikir dalarn menghasilkan idea perniagaan yang kreatif. Kajian ini menghasilkan modul penjanaan idea perniagaan dan mencadangkan model konseptual reka bentuk pengajaran modul penjanaan idea perniagaan. Kajian memberi implikasi bahawa penjanaan idea merupakan aktiviti kognitif dan kreativiti merupakan kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.,Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUsahawan-
dc.subjectPerniagaan-
dc.subjectPelajar-
dc.subjectPoliteknik-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKeberkesanan modul; Pemikiran Keusahawanan Terhadap Penjanaan Idea Perniagaan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik-
dc.typetheses-
dc.format.pages425-
dc.identifier.callnoHb615.S475 2012 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.