Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519714
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurfaradilla Mohamad Nasri, Dr.-
dc.contributor.authorNadia Hairi (P96151)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:14:01Z-
dc.date.available2023-10-17T08:14:01Z-
dc.date.issued2022-02-11-
dc.identifier.otherukmvital:130474-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519714-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk membangunkan Instrumen Pengukuran Pencapaian Objektif Pendidikan Program bagi mengatasi masalah ketiadaan instrumen khusus untuk mengukur pencapaian PEO program di kolej komuniti. Adaptasi instrumen sedia ada didapati kurang sesuai kerana mempunyai masalah dari aspek psikometrik dan metodologi selain isu kesahan dan kebolehpercayaan yang diragui. Oleh itu, pembangunan instrumen baharu adalah diperlukan bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian pembinaan dan pengesahan instrumen yang diterapkan dalam model ADDIE yang mempunyai lima fasa utama iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Fasa analisis melibatkan proses untuk mengenal pasti instrumen sedia ada, isu-isu berkaitan pelaksanaan instrumen dan keperluan instrumen bagi mengukur pencapaian PEO di mana data diperoleh menerusi temu bual separa berstruktur bersama lima orang responden di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Fasa reka bentuk pula menetapkan format instrumen di mana instrumen yang digunakan adalah soal selidik alumni dan soal selidik majikan. Seterusnya draf instrumen dibangunkan dan melalui proses kesahan kandungan oleh 10 orang pakar secara kaedah Fuzzy Delphi dan selepas itu kesahan muka dilakukan bagi memantapkan lagi instrumen. Menerusi fasa pelaksanaan, instrumen ditadbir secara kajian rintis kepada 100 orang alumni program SKE dan 100 orang majikan bidang elektrik. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen menggunakan Teori Respons Item. Dapatan analisis menunjukkan 27 item soal selidik alumni dan 26 item soal selidik majikan telah memenuhi kesemua andaian Model Pengukuran Rasch. Akhir sekali, fasa penilaian dilakukan untuk mendapatkan sokongan empirikal tentang kebolehgunaan instrumen yang dibangunkan. Justeru, kajian ini menyumbang kepada pembangunan instrumen pengukuran pencapaian PEO yang menepati ciri psikometrik dan boleh digunakan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk melaksanakan sebarang penambahbaikan terhadap silibus kurikulum program SKE sebagai satu proses jaminan kualiti berterusan (CQI) di samping mematuhi syarat perakuan akreditasi yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEducational planning -- Malaysia-
dc.subjectEducational change -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan instrumen pengukuran pencapaian objektif pendidikan program di Kolej Komuniti Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages295-
dc.identifier.callnoLB2806.N333 2022 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan instrumen pengukuran pencapaian objektif pendidikan program di Kolej Komuniti Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial24.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.