Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519712
Title: Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran strategi meta-mentee ke atas pencapaian Bahasa Inggeris pelajar UKM
Authors: Saadiah Kummin (P75433)
Supervisor: Shahlan Surat, Dr.
Keywords: Mentoring in education
Teaching teams
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Dec-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran strategi meta-mentee ke atas pencapaian penulisan esei, pencapaian lisan, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman, dan refleksi metakognitif pelajar UKM. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Kumpulan eksperimen menggunakan strategi meta-mentee, manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Untuk proses mengajar pelajar menulis esei, teknik yang digunakan dalam kumpulan eksperimen ialah teknik FCESI, STOP, AIMS dan DARE semasa proses penghasilan esei. Sampel kajian terdiri daripada 124 orang pelajar iaitu 73 pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 51 orang dalam kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan menggunakan strategi meta-mentee selama 12 minggu dengan bimbingan tenaga pengajar bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan soal selidik InKePPP (Indikator Keberkesanan Proses Pengajaran dan Pembelajaran) untuk mengukur tahap kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman, dan refleksi metakognitif. Data soal selidik InKePPP kemudian dianalisis melalui Program Sistem Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) Versi 24 untuk mendapatkan min. Analisis statistik deskriptif telah dijalankan dalam kajian ini, diikuti dengan analisis ujian MANOVA. Analisis ujian MANOVA menunjukkan bahawa penggunaan strategi meta-mentee memberi kesan yang signifikan terhadap enam pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian penulisan esei, pencapaian lisan bahasa Inggeris, kesedaran metakognitif, meta-tumpuan, meta-pemahaman, dan refleksi metakognitif. Hasil dapatan MANOVA pengukuran berulang menunjukkan kumpulan eksperimen mempunyai kekekalan pencapaian lisan dan signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa PdP teknik penulisan esei dan lisan dapat membantu meningkatkan pencapaian bahasa Inggeris pelajar. Melalui teknik penulisan yang diperkenalkan, diharapkan isu pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat ditangani oleh tenaga pengajar bahasa Inggeris. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa tenaga pengajar bahasa Inggeris dapat mengukuhkan amalan pedagogi dan kreativiti dalam membantu pelajar menghasilkan penulisan melalui pendekatan psikologi. Oleh itu, adalah dicadangkan tenaga pengajar bahasa Inggeris menggunakan elemen metakognitif dalam pengajaran dan pembelajaran program intervensi untuk membantu menangani masalah kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar UKM.,Ph.D
Pages: 482
Call Number: LB1731.4.S233 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran strategi meta-mentee ke atas pencapaian bahasa inggeris pelajar ukm.pdf
  Restricted Access
Partial29.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.