Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519702
Title: | Faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku dan kepercayaan pihak berkepentingan di Lembah Klang terhadap teknik-teknik pencegahan dan pengawalan denggi |
Authors: | Noor Sharizad Rusly (P79480) |
Supervisor: | Latifah Amin, Prof. Dr. |
Keywords: | Denggi -- Lembah Klang Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2020 |
Description: | Insiden denggi yang sentiasa meningkat setiap tahun menunjukkan bahawa teknik sedia ada seperti semburan kabut dan penggunaan Abate kurang berkesan. Kini terdapat beberapa teknik alternatif seperti perangkap autocidal, Bti, vaksin dan nyamuk Aedes GM untuk mencegah denggi. Namun begitu, penerimaan masyarakat perlu diambilkira sebelum pelaksanaan teknik ini. Objektif kajian ini adalah untuk menilai perilaku pihak berkepentingan di Lembah Klang yang mempengaruhi terhadap teknik pencegahan denggi. Borang soal selidik yang telah diuji kesahihannya telah diedarkan kepada 415 orang responden yang terdiri daripada dua kumpulan pihak berkepentingan utama iaitu saintis dan orang awam. Analisis data dalam kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 23.0 dan AMOS versi 23.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pihak berkepentingan di Lembah Klang mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pelaksana utama tetapi menunjukkan tahap perilaku mencari maklumat dan menilai impak teknologi sebagai sederhana. Kelima-lima teknik ini dilihat mempunyai faedah yang tinggi dan tahap risiko yang sederhana melainkan teknik semburan kabut (tahap risiko yang rendah) serta tahap kebimbangan terhadap isu moral pelepasan nyamuk Aedes GM yang sederhana mendorong perilaku yang tinggi. Ujian MANOVA satu hala menunjukkan terdapatnya perbezaan tahap perilaku mencari maklumat, kepercayaan terhadap pelaksana utama dan impak teknologi yang signifikan berdasarkan kumpulan pihak berkepentingan utama, tahap pendidikan, agama, bangsa dan umur. Tanggapan faedah tehadap kesemua teknik (kecuali perangkap autocidal) juga berbeza secara signifikan merentasi pihak berkepentingan sementara tanggapan faedah perangkap autocidal berbeza merentas tahap pendidikan, agama, bangsa dan umur. Manakala persepsi risiko berbeza secara signifikan merentasi pihak berkepentingan dan agama bagi teknik perangkap autocidal dan vaksin, sementara persepsi risiko perangkap autocidal berbeza merentas bangsa dan umur. Aspek kebimbangan moral terhadap nyamuk Aedes GM dilihat berbeza secara signifikan merentasi semua faktor demografi kecuali jantina. Seterusnya, tahap perilaku berbeza secara signifikan merentasi tahap pendidikan (kecuali nyamuk Aedes GM), agama dan umur (semua teknik), bangsa (vaksin). Hasil Model Persamaan Berstruktur (SEM) turut mengesahkan tanggapan faedah sebagai faktor terpenting dalam menentukan perilaku terhadap kesemua teknik pencegahan. Tanggapan risiko (perangkap autocidal dan nyamuk Aedes GM) dan kebimbangan moral (nyamuk Aedes GM) juga menunjukkan hubungan langsung yang negatif dalam mempengaruhi sokongan. Perilaku mencari maklumat (perangkap autocidal dan nyamuk Aedes GM), kepercayaan terhadap pelaksana utama (perangkap autocidal dan vaksin) dan impak teknologi (perangkap autocidal, Bti dan nyamuk GM) juga menunjukkan hubungan secara langsung dalam mempengaruhi perilaku. Hasil kajian ini adalah penting dalam memahami perilaku dan kepercayaan pihak berkepentingan utama terhadap teknik alternatif bagi menghapuskan nyamuk Aedes sekaligus mengurangkan penularan denggi yang semakin mengancam kesihatan manusia di Malaysia.,Ph.D. |
Pages: | 332 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku dan kepercayaan pihak berkepentingan di lembah Klang terhadap teknik-teknik pencegahan dan pengawlaan denggi.pdf Restricted Access | Full-text | 3.84 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.