Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519699
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProfesor . Madya Dr. Sakina Shaik Ahmad Yusoff-
dc.contributor.authorSiti Noorafizah Azizan (P62818)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:54Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:54Z-
dc.date.issued2019-03-29-
dc.identifier.otherukmvital:122531-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519699-
dc.descriptionSewa beli merupakan antara kredit popular dalam kalangan pengguna di Malaysia yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan perbankan. Sewa beli adalah kontrak sewaan dengan pilihan diberikan kepada penyewa untuk membeli barang yang disewa selepas semua ansuran dijelaskan. Namun, pelbagai aduan dibuat oleh pengguna berkaitan ketidakadilan dan penindasan ke atas hak pengguna yang berlaku dalam urusan sewa beli. Antara isu-isu utama yang sering timbul adalah membabitkan isu keselamatan barang, penipuan dalam proses menandatangani perjanjian, penyelewengan oleh pihak- pihak tertentu terutamanya pihak peniaga, kekeliruan dalam kalangan pengguna berkaitan hak-hak mereka serta keganasan dan kekerasan dalam proses pengambilan semula milikan barang. Selain itu, pinjaman sewa beli dilaporkan menjadi penyumbang terbesar kepada kes-kes insolvensi di Malaysia sejak kebelakangan ini. Terdapat kelemahan dan kekurangan dalam peruntukan undang-undang sedia ada yang menyebabkan salahlaku dan amalan salah dalam transaksi sewa beli terus berleluasa, yang akhirnya menyebabkan pengguna gagal mendapat remedy sewajarnya. Berpaksikan kepada kenyataan-kenyataan masalah tersebut, penyelidikan ini bermatlamat untuk menganalisis sejauh mana undang-undang sedia ada menyediakan perlindungan kepada pengguna yang memasuki kontrak sewa beli di Malaysia. Penyelidikan ini berlatar belakangkan perundangan Malaysia iaitu Akta Sewa Beli 1967, Akta Pelindung Pengguna 1999 dan Akta Kontrak 1950 yang mengawal selia kontrak sewa beli. Perbandingan intra-sistem dengan beberapa negara terpilih iaitu United Kingdom dan Australia dianalisa atas dasar persamaan dari segi tradisi perundangan yang digunapakai sistem common law. Kaedah perbandingan ini diterapkan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam undang-undang yang mengawal transaksi sewa beli di Malaysia. Metode analisis legalistik tulen mengguna pakai pendekatan sejarah, jurisprudens, perbandingan serta analitis dan kritis digunakan dalam penyelidikan ini. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa undang-undang sewa beli sedia ada gagal menyediakan perlindungan yang mantap kepada pengguna. Kelompangan dalam perundangan prosedural dan substantif dipaparkan melalui tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas memasuki kontrak sewa beli. Sebagai penyelesaianjangka pendek, penyelidikan ini mencadangkan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967. Penyelidikan ini seterusnya mencadangkan Akta Kredit Pengguna sebagai kaedah penyelesaian jangka panjang terbaik bagi melindungi pengguna dalam kontrak kredit di Malaysia.,Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.titlePerlindungan pengguna dalam undang-undang sewa beli di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages457-
dc.identifier.callnotesis C8 .SIT 2019 2-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.