Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519697
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muriati Mukhtar, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Azlin Zurita Wan Ahmad (P82824) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:13:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:13:53Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122015 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519697 | - |
dc.description | Kandungan, samada berstruktur atau tidak berstruktur adalah aset penting bagi sesebuah organisasi. Interaksi media sosial menyebabkan volum kandungan tidak berstruktur meningkat secara mendadak. Untuk itu, pengurusan kandungan sosial diperkenal bagi mengurus kandungan sosial yang terhasil dari interaksi media sosial. Walau bagaimanapun, pengurusan kandungan sosial kurang diberi penekanan dalam penyelidikan akademik dan tidak terdapat banyak kerangka sesuai yang boleh dirujuk untuk mengurus kandungan sosial. Selain dari itu, kajian lepas juga menunjukkan bahawa model dan kerangka sedia ada tentang pengurusan kandungan sosial hanya memberi penekanan terhadap nilai yang diperoleh oleh organisasi dan bukannya nilai yang dicipta-sama antara pelanggan dan organisasi. Ini bermakna organisasi kehilangan peluang untuk melaksana inovasi perkhidmatan berdasarkan keperluan sebenar pelanggan. Untuk memenuhi jurang ini, satu pendekatan baharu yang mengambil kira nilai yang dicipta-sama antara organisasi dan pelanggan perlu dipertimbangkan. Dalam penyelidikan ini, keperluan ini didapati boleh diisi oleh pendekatan sains khidmat melalui service dominant logic dan model DART. Justeru, matlamat kajian adalah untuk membangun kerangka pengurusan kandungan sosial bagi inovasi perkhidmatan melalui pendekatan sains khidmat. Metodologi Kajian Sains Reka Bentuk diguna pakai sebagai metodologi kajian. Analisis kandungan, temu bual, dan semakan peer-review, diguna pakai bagi mengenal pasti empat artifak kajian iaitu elemen dan faktor pengurusan kandungan sosial, takrif kandungan sosial, takrif pengurusan kandungan sosial, dan kerangka pengurusan kandungan sosial bagi inovasi perkhidmatan. Teknik Delphi diguna pakai bagi mengesah artifak kajian. Kajian kes pula diguna pakai dalam menilai kerangka kajian bagi memastikan kerangka mempunyai nilai praktikal selain dari nilai akademik. Kajian mendapati terdapat lima elemen dengan faktor yang bersesuaian bagi mengurus kandungan sosial. Elemen pertama adalah aktor dengan faktor penglibatan dan implikasi strategik. Elemen kedua adalah integrasi sumber dengan faktor sumber operant, sumber operand, dan integrasi. Elemen ketiga adalah pertukaran perkhidmatan dengan faktor kitar hayat kandungan dan platform perkhidmatan, manakala elemen keempat adalah institusi dan aturan institusional dengan faktor strategi, tadbir urus, dan aspek pengurusan strategik. Elemen kelima adalah ekosistem perkhidmatan. Semua artifak kajian disah dan dipersetujui oleh ahli panel teknik Delphi. Kajian kes yang dijalankan di empat agensi sektor awam Malaysia membuktikan kerangka kajian yang dibangunkan mempunyai nilai dari sudut pandang praktikal. Secara kesimpulannya, kerangka ini diharap dapat membantu organisasi membuat keputusan yang tepat berdasarkan kandungan sosial yang diurus ke arah menghasil inovasi kepada perkhidmatan yang ditawarkan.,Ph.D.,Salinan lembut tidak boleh dimuatnaik | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Content analysis (Communication) | - |
dc.subject | Social media | - |
dc.title | Kerangka pengurusan kandungan sosial bagi inovasi perkhidmatan melalui pendekatan sains khidmat | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 328 | - |
dc.identifier.callno | PN4552.W336 2019 3 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 005539(2021)(PL2) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.