Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519696
Title: Antena tatasusun pantulan boleh konfigurasi semua terintegrasi diod varaktor dengan imbasan alur pada jalur-ku
Authors: Marlina Ramli (P64601)
Supervisor: Norbahiah Misran, Prof. Dr.
Keywords: Antennas
Reflector
Antenna arrays
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Aug-2018
Description: Antena tatasusun pantulan terdiri daripada tatasusun elemen yang direkabentuk dengan perubahan fasa tertentu untuk menumpukan alur pada arah dikehendaki apabila disinari penyuap antena. Antena tatasusun pantulan mengaplikasi ciri-ciri penting yang terdapat pada antena pemantul parabola dan antena tatasusun sefasa. Kelebihan pada antena tatasusun pantulan adalah berprofil rendah, mudah difabrikasi, kos yang rendah dan kebolehan mengimbas alur. Keperluan terhadap kemampuan antena mengadaptasi alur secara dinamik pada beberapa frekuensi semakin menjadi keutamaan. Kebanyakan antena boleh konfigurasi semula terdahulu menunjukkan timbal balik antara kemampuan dalam meningkatkan kebolehan mengkonfigurasi semula alur dengan rekabentuk elemen yang cenderung menjadi kompleks. Penyelidikan ini bertujuan memberi keutamaan kepada rekabentuk elemen antena tatasusun pantulan yang ringkas dan boleh mengimbas alur pada sudut tertentu. Antena tatasusun pantulan ini beroperasi melalui talaan elektronik pada jalur-Ku. Dalam kebanyakan aplikasi, hanya imbasan alur yang kecil diperlukan dan seharusnya kelengkapan imbasan alur yang ringkas sahaja perlu direkabentuk bagi memenuhi keperluan tersebut. Tesis memfokus kepada rekabentuk dan analisis elemen antena tatasusun pantulan pada kos rendah dengan sudut imbasan dalam lingkungan �30 . Rekabentuk elemen dengan imbasan alur dimulai dengan menentukan spesifikasi antena, merekabentuk elemen secara simulasi, membina dan membuat pengukuran prototaip elemen tunggal dan dalam bentuk tatasusun. Analisis terperinci dibuat terhadap tiga rekabentuk elemen iaitu Cincin Bulatan Segiempat Sepusat (CBSS), Cincin Bulatan Tampal (CBT) dan Cincin Bulatan Bercelah (CBB) bagi mengenalpasti elemen yang berpotensi diadaptasi dalam rekabentuk antena boleh konfigurasi semula. Rekabentuk elemen ini mengeksploitasi kebolehan mengvariasi nilai kemuatan diod varaktor tunggal terintegrasi pada ruang di antara elemen tampalan pada julat 0.1 pF hingga 1.0 pF dengan variasi nilai voltan bekalan. Perubahan frekuensi salunan berlaku selari dengan perubahan nilai kemuatan yang mengubahsuai serakan arus permukaan dan dimensi elektrik pada elemen pemantul. Penggunaan diod varaktor yang sering dikaitkan dengan pertambahan kehilangan balikan diatasi dengan menggabungkan rekabentuk elemen Cincin Bulatan Segiempat Sepusat (CBSS) dan Cincin Bulatan Tampal (CBT). Konfigurasi gabungan antara dua elemen ini menghasilkan lebar jalur yang lebih landai dan julat fasa pantulan yang lebih besar. Dengan perubahan kemuatan 0.1 pF hingga 1.0 pF, elemen CBSS dan CBT menghasilkan julat fasa pantulan masing-masing sebanyak 263 dan 61 pada frekuensi 13.964 GHz manakala pada frekuensi 14.828 GHz, elemen CBT meliputi julat fasa 2300 dan elemen CBSS sebanyak 92 . Julat fasa pantulan maksimum boleh mencapai nilai yang lebih tinggi kerana perubahan voltan 0 V hingga 20 V mampu mengubah nilai kemuatan kurang dari 0.1 pF. Konfigurasi gabungan dua elemen bukan sahaja meningkatkan julat fasa pantulan melebihi 300 tetapi juga mengurangkan kehilangan balikan serendah 0.99 dB pada frekuensi 13.964 GHz dan 1.66 dB pada frekuensi 14.828 GHz. Prototaip adalah gabungan elemen CBSS dan CBT terintegrasi diod varaktor pada tatasusun 4 × 4 dan penggunaan pemuat tetap pada tatasusun 9 × 3. Imbasan alur bersudut 28o berfrekuensi 13.33 GHz pada satah elektrik dihasilkan melalui pengukuran. Prestasi gabungan rekabentuk elemen ini berpotensi digunakan dalam antena tatasusun pantulan bagi keperluan imbasan alur pada frekuensi tinggi untuk aplikasi komunikasi ruang angkasa dan daratan.,Ph.D.,Salinan lembut tidak boleh dimuatnaik
Pages: 140
Call Number: TK7871.6.M347 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.