Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519692
Title: Transformasi kepimpinan dalam novel Singapura :analisis pengkaedahan Melayu
Authors: Tajul Arif Mohamad Arif (P32267)
Supervisor: Rosnah Baharudin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Leadership in literature
Issue Date: 10-Mar-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk kepimpinan dan isu yang dibawa oleh empat angkatan penulis Melayu Singapura.Kajian ini dibuat berdasarkan empat belas buah novel Melayu Singapura oleh empat orang pengarang iaitu Muhammad Ariff Ahmad, Suratman Markasan, Mohamed Latiff Mohamed dan Isa Kamari. Novel-novel yang dipilih mewakili dekad 50-an, 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. Novel-novel tersebut ialah Sarah Pengarang Kechil (1958), Mail Mau Kahwin (1976), dan Syarifah (1998) oleh Muhammad Ariff Ahmad; empat buah novel Suratman Markasan iaitu Subuh Hilang Senja (1989), Tiga Lelaki (1994), Di Bumi Mana (1996) dan Penghulu Yang Hilang Segala-galanya (1998); tiga buah novel Mohamed Latiff Mohamed iaitu Dalam Keasingan (1989), Batas Langit (1996) dan Ziarah Cinta (1998); dan empat buah novel Isa Kamari iaitu Satu Bumi (1998), Kiswah (2002), Menara (2002) dan Tawassul (2002). Penulisan novel-novel ini bermula daripada senario keterpinggiran masyarakat Melayu Singapura khususnya setelah keluarnya Singapura daripada Malaysia. Kerangka analisis kajian yang digunakan ialah Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang dengan menggunakan pendekatan kemasyarakatan, moral dan dakwah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian bentuk kepimpinan yang diajukan dalam setiap kepengarangan keempat-empat pengarang yang dikaji. Muhammad Ariff Ahmad mengetengahkan bentuk kepimpinan domestik; Suratman Markasan mengemukakan bentuk kepimpinan politik, pendidikandan agama; Mohamed Latiff Mohamed mengajukan bentuk kepimpinan masyarakatdan Isa Kamari memaparkan bentuk kepimpinan rohaniah. Keempat-empat pengarang ini akhirnya dilihat mewakili kepengarangan Melayu Singapura dengan menampilkan satu pola transformasi kepimpinan mereka. Faktor-faktor yang membezakan ragam kepimpinan itu jelas dipengaruhi oleh asas pendidikan, pengalaman, milieu sejarah, politik dan sosial Singapura yang melingkungi kehidupan mereka,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 280
Call Number: PN56.L39T338 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Transformasi kepimpinan dalam novel Singapura analisis pengkaedahan Melayu.pdf
  Restricted Access
33.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.