Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519690
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAidan Zamad Abbas, Dr.-
dc.contributor.authorAnwar Hilmi Mustafa Musay'i (P58308)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:49Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:49Z-
dc.date.issued2015-06-05-
dc.identifier.otherukmvital:121458-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519690-
dc.descriptionSejak awal sejarah Islam Palestin mendapat perhatian Kerajaan Islam, kerana ia adalah 'bumi Isra' dan micraj', Ia selama-lamany adilihat sebagai sebuah bumi wakaf Islam. Keprihatinan terhadap bumi Palestin ini semakin meningkat pada awal pemerintahan Uthmaniyyah, yang memberikan lebih perhatian terhadap institusi wakaf. Namun, menjelang abad ke-17 Masehi, khazanah wakaf ini terdedah kepada pelbagai bentuk pencerobohan, rampasan dan juga pengabaian, sehingga keluasannya menyusut dan penurunan hasil yang ketara sehingga ke saat ini. Justeru, kajian ini menangani masalah realiti kemerosotan hartanah wakaf di Tebing Barat dalam tempoh 1995-2013M. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis harta waqaf, sama ada hartanah, tanah, tempat-tempat suci atau tanah perkuburan, menyatakankeluasan atau kadar harta tersebut, memantau semua bentuk pencerobohan terhadapnya, dan mengenalpastibentuk cabaran yang menghalang pembangunannya, di sampingmerangka strategi kontemporari untuk pembangunannya. Kajian ini bergantung kepada rekod dan dokumen Kementerian Wakaf Palestin, terutama dokumenpewakafan, kontrak pajakan serta perjanjian pelaburan. Bilangan dokumen yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini mencecah 5415 dokumen. Setelah selesai penyusunan data kajian, ia kemudiannya diproses dan dianalisis, melalui metode analisis deskriptif, menggunakanpakej program pengkomputeran Statistik Sains Sosial SPSS. Ia digunakan untuk mengira keluasan harta wakaf,menjelaskan hubungan antara pembolehubah berikut: lokasi hartanah, tahun sewaanhartanah, jenis sewaan, dan impaknya ke atas pengoperasian hartanah wakaf dan pulangannya.Kajian juga menggunakan metode deskriptif sejarah mengikut keperluan kajian.Antara dapatan kajian terpenting ialah: sistem wakaf dipengaruhi oleh pembolehubah politik yang melanda Palestin sejak akhir pemerintahan Turki Uthmaniyyah sehingga pendudukan Israel di Tebing Barat.Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara hasil hartanah dari satu sudut dan lokasi geografi serta pajakan semula dan kaedah pajakan.Peratusan kawasan sewaan hartanah dalam sektor pertanian kira-kira 1.6% dan sektor pembinaan 1.2%. manakala sewaan pada tanah berpokokmeningkat kepada 51%. Hartanah wakaf ini pula terdedah kepada siri pencerobohan daripada penjajah Israel dan penduduk tempatan, di samping ia juga menghadapi banyak cabaran yang menghalang pembangunan dan menghalang usaha meningkatkan penghasilannya. Kajian ini juga mengemukakan wawasan baru bagi pembangunan hasil harta wakaf danmemperelok peluang pelaburan tanah wakaf yang terbiar.Kajian juga mendapati bahawa pelaburan yang baik adalah datang daripada penstrukturan pengurusan khusus yang berkelayakan, penetapan undang-undang yang mampu melindungi pelaburan wakaf dan menyumbang kepada pembangunan, sertamembangun bersamausaha pewakafan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectWaqf -- West Bank-
dc.subjectCharitable uses-
dc.subject�trusts-
dc.subjectand foundations (Islamic law) -- West Bank-
dc.titleHarta wakaf Islam di Tebing Barat: analisis realiti dan cabarannya serta bagaimana membangunkannya-
dc.typetheses-
dc.format.pages355-
dc.identifier.callnoBP170.25.M845�2016�tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.