Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519684
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Yusof Abdullah, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorYang Mee Eng (P46761)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:47Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:47Z-
dc.date.issued2017-04-17-
dc.identifier.otherukmvital:120984-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519684-
dc.descriptionIndustri animasi di Benua Asia mengalami beberapa cabaran. Cabaran utama yang juga merupakan masalah utama kajian ini adalah ketiadaan sebuah sistem pengurusan industri animasi yang sistematik. Sebelum ini tidak ada kajian yang dikendalikan secara ekstensif untuk mengatasi masalah ini. Kajian ini merupakan analisis dan perbandingan sistem pengurusan, proses dan pola pembangunan industri animasi di antara Malaysia, Korea Selatan dan Thailand. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penentu perkembangan industri animasi di tiga buah negara berkenaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi kaedah temubual mendalam, perbincangan kumpulan fokus dan analisis kandungan. Temubual mendalam dilakukan dengan penggiat industri, wakil agensi kerajaan dan persatuan animasi dari tiga negara berkenaan. Lapan kumpulan fokus terdiri dari penggiat industri, agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi dari Malaysia telah dikendalikan manakala analisis kandungan merangkumi keratan akhbar dan laporan perkembangan terbaru industri animasi. Empat Teori Media dan Teori Gelombang Ketiga digunakan sebagai kerangka teori kajian ini. Terdapat dua penemuan penting kajian. Pertama, perubahan sistem media yang berlandaskan teknologi baru seperti platform Youtube dan media sosial yang lain, dan peralihan arus daripada ekonomi gelombang kedua ke gelombang ketiga telah membuka lebih banyak peluang kepada industri kandungan media baru seperti industri animasi. Kedua, tahap perkembangan yang dikecapi dan dicapai oleh ketiga-tiga negara berkenaan adalah berbeza. Hasil kajian mendapati negara Malaysia mengalami tahap perkembangan kedua iaitu industri telah mencapai kemajuan terutamanya dari segi peningkatan penontonan, pendapatan dari eksport dan perkembangan saiz studio animasi. Korea Selatan pula telah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dengan pendapatan daripada eksport dan perlesenan barangan dan jenama IP animasi telah mencapai kemajuan yang tinggi. Manakala Thailand pula masih lagi di tahap awal pembangunan industri animasi dan belum lagi berjaya mencapai pasaran global. Sementara itu, faktor yang paling penting dalam pembangunan industri animasi ialah sokongan kerajaan, penawaran modal insan dan pemasaran tempatan dan global. Kajian ini merumuskan bahawa industri animasi mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam meningkatkan pendapatan ekonomi negara sekiranya diuruskan dengan sistem pengurusan yang lebih efektif dan sistematik. Kerajaan di ketiga-tiga negara ini perlu mengubahsuai sistem sokongan dan pengurusan yang sedia ada untuk membangunkan industri animasi negara Asia umumnya dan negara Malaysia khususnya. Hasil kajian ini menyumbang kepada pembentukan amalan-amalan terbaik pengurusan sistem animasi untuk kerajaan dan pihak industri,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectAnimation (Cinematography) -- East Asia-
dc.subjectEconomic geography-
dc.subjectIndustrial clusters-
dc.subjectAnimated films -- History and criticism-
dc.subjectAnimated films -- Social aspects-
dc.titlePerbandingan pola dan sistem pengurusan media dalam industri animasi di Malaysia, Korea Selatan dan Thailand-
dc.typetheses-
dc.format.pages449-
dc.identifier.callnoNC1766.E18.E537 2017 tesis-
dc.identifier.barcode002906 (2017)-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.