Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519683
Title: Pencirian voltan terhadap penghasilan daya dielektroforesis untuk manipulasi sel darah merah
Authors: Muhammad Izzuddin Abd Samad (P93168)
Supervisor: Muhamad Ramdzan Buyong, Dr.
Keywords: Microelectrodes
Blood cells
Electrodes
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2019
Description: Tesis ini membincangkan perincian voltan masukan terhadap manipulasi zarah berdasarkan penghasilan daya dielektroforesis (DEP) dengan menggunakan mikroelektrod berprofil serong. Dalam penyelidikan ini terdapat dua jenis sampel yang digunakan untuk manipulasi zarah iaitu zarah buatan polistirena (PS) dan sel darah merah (RBC). Kedua-dua sampel dinilai dengan pengukuran saiz fizikal zarah, pemodelan polarisasi zarah, pengukuran halaju zarah dan kecekapan manipulasi zarah menggunakan peranti mikroelektrod berprofil serong. Keamatan medan elektrik, kekuatan DEP dan halaju zarah telah disimulasikan melalui simulasi numerikal COMSOL tentang variasi voltan masukan yang dikenakan seperti 5 V p-p, 7 V p-p dan 10 V p-p. Hasil simulasi elektrostatik ini mengesahkan bahawa peningkatan voltan masukan dapat meningkatan penghasilan daya DEP dengan halaju zarah. Pengujian manipulasi zarah terhadap penghasilan daya DEP dinilai dengan pengukuran halaju zarah dan kecekapan manipulasi zarah menggunakan pengimejan mikroskop optik. Hasil pengujian halaju zarah dan kecekapan manipulasi zarah mendapati peningkatan voltan masukan dapat meningkatkan magnitud pergerakan zarah pada mikroelektrod berprofil serong. Magnitud pergerakan zarah bergantung dengan nilai keamatan medan elektrik di bahagian atas dan bawah elektrod. Magnitud pergerakan sampel PS mencatatkan dengan halaju zarah tertinggi 186.75 (� 4.68) μm/s dengan manipulasi 100% kecekapan manipulasi DEP pada 10 Vp-p dalam 10 saat. Berbanding dengan magnitud pergerakan sampel RBC direkodkan dengan halaju zarah tertinggi 52 (� 4.25) μm/s dengan kecekapan manipulasi 100% DEP pada 10 Vp-p dalam 50 saat. Kaedah manipulasi yang komprehensif ini membuktikan perubahan potensi elektrik terhadap aplikasi mikroelektrod berprofil serong dapat menguji magnitud pergerakan zarah mengikut keamatan medan elektrik yang kuat. Keputusan perincian ini boleh diaplikasi untuk pembangunan dan penyelidikan peranti sains bio-perubatan yang mempunyai kepekaan tinggi.,Salinan lembut tidak boleh dimuatnaik,Ph.D.,VOLTAGE DEPENDENCE ON THE DIELECTROPHORESIS RESPONSE FOR RED BLOOD CELL MANIPULATION
Pages: 145
Call Number: QD571.M835 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.