Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519681
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd. Pauzi Abdullah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorWan Mohd. Afiq Wan Mohd. Khalik (P48838)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:45Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:45Z-
dc.date.issued2012-07-18-
dc.identifier.otherukmvital:120831-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519681-
dc.descriptionTasik Temenggor terletak dalam daerah Hulu Perak dan dengan keluasan dianggar 152 km2 merupakan tasik buatan manusia kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir. Tasik ini digunakan sebagai empangan bagi janakuasa hidroelektrik, sebagai sumber bekalan air minum bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang, sebagai pusat pengembangan ikan air tawar dan juga aktiviti rekreasi. Ia juga merupakan pintu masuk ke Hutan Simpan Belum (Royal Belum). Dengan pelbagai aktiviti serta perubahan guna tanah, penilaian keadaan semasa amat diperlukan sebelum sebarang langkah pengurusan kelestarian Tasik dapat diutarakan. Satu kajian telah dilakukan untuk menilai status semasa kualiti air Tasik Temenggor, sekitar Pulau Banding dan Royal Belum melibatkan 13 stesen pensampelan sepanjang 2009 – 2010. Pensampelan dilakukan pada musim kering dan musim hujan. Di setiap stesen, persampelan dan pengukuran kualiti air dilakukan pada tiga kedalaman. Di samping air, sampel sedimen untuk analisis logam dan jumlah organik karbon juga diambil pada stesen yang sama. Sebahagian besar daripada analisis dilakukan di lapangan dan di makmal kimia Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Pulau Banding (PBRRC). Hasil kajian mendapati bahawa parameter pH, konduktiviti, keliatan air, BOD, NH3-N pepejal terampai, nitrat, fosfat serta minyak and gris berada pada kelas I berdasarkan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (INWQS), manakala kekeruhan, oksigen terlarut dan COD berada pada kelas II. Berbeza dengan pemerhatian biasa, Indeks Kualiti air (IKA) Tasik Temenggor didapati berada pada Kelas II 90.49 (musim hujan) merosot Kelas II 88.87 (musim kering). Ini menunjukkan bahawa hujan tidak menyebabkan kualiti air merosot tetapi sebaliknya meningkatkan kualiti dengan cara pencairan pencemaran. Ujian statistik seperti ANOVA 2 hala dan ujian-t menjelaskan parameter seperti COD, NH3-N dan pepejal terampai dipengaruhi oleh perubahan iklim semasa. Manakala variasi signifikan parameter seperti BOD dan keliatan air dipengaruhi oleh kewujudan aktiviti masyarakat setempat di lokasi tertentu. Peratusan karbon organik bagi sedimen sekitar Pulau Banding berada pada julat 7.78 – 62.30 % dengan nilai purata 41.85 – 21.61 %. Kepekatan logam berat (Na, Mg, K, Ca, Fe dan Al) mewakili 98.08% kandungan logam dalam sampel air, logam ferum mewakili 99.02% daripada kepekatan tujuh unsur logam terpilih di dalam sedimen. Memandangkan tasik membangun sebagai destinasi ekopelancongan, kualiti air tasik perlu dikekalkan atau bertambah baik. Adalah dicadangkan bahawa sumber bahan pencemar iaitu sisa pepejal dan kumbahan dari kawasan penempatan Orang Asli dan pusat peranginan, hakisan tanah dari aktiviti guna tanah dan pembalakan yang berhampiran dan pelepasan minyak daripada aktiviti bot diminimumkan jikapun tidak dapat dihapuskan. Beberapa model sistem pengurusan bersepadu tasik berteraskan konsep pengurusan sumber air bersepadu (IWRM) perlu dilaksanakan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectMercury-
dc.subjectNeurotoxicology--Malaysia-
dc.titlePembangunan kaedah pemisahan mikro bagi analisis spesies merkuri dan pemodelan statistik multivariat bagi kajian kes Selat Johor-
dc.typetheses-
dc.format.pages215-
dc.identifier.callnoQD181.H6W336 2012 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.