Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519679
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJaffary Awang, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRuhaizah Abdul Ghani (P60373)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:44Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:44Z-
dc.date.issued2019-09-15-
dc.identifier.otherukmvital:120795-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519679-
dc.descriptionGolongan kelas menengah merupakan antara kelompok penting dalam masyarakat multi-etnik Malaysia. Mereka berperanan besar dalam mencorak pola kehidupan bermasyarakat sama ada dalam aspek politik, ekonomi, dan agama. Latarbelakang agama serta budaya dan amalan agama mereka yang berbeza adakalanya menimbulkan ketidakselesaan penganut silang agama seterusnya menggugat keharmonian dalam hubungan dan kehidupan seharian mereka seperti yang pernah berlaku di Seksyen 23 Shah Alam. Kajian yang dilakukan melibatkan penglibatan kelompok ini yang banyak tertumpu kepada aspek politik dan ekonomi. Namun kajian tentang peranan dan penglibatan kelas menengah isu toleransi beragama, masih kurang dan perlu dikenalpasti serta diketengahkan. Untuk itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti sejauh mana pembolehubah kefahaman agama dan kefahaman toleransi beragama mempengaruhi sikap dan amalan toleransi beragama dalam kalangan kelas menengah khususnya di Selangor. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dalam mendapatkan data primer daripada para responden. Ia melibatkan kawasan yang dikenalpasti sebagai penempatan kelas menengah, iaitu Shah Alam dan Subang Jaya. Data kajian dianalisa dengan menggunakan analisa deskriptif dan Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Separa Terkecil (MPB KDTS) atau Structural Equation Model Partial Least Square (SEM PLS) melalui perisian SmartPLS. Dapatan kajian deskriptif mendapati tahap kefahaman agama dan tahap kefahaman toleransi beragama dalam kalangan kelas menengah adalah tinggi. Manakala sikap dan amalan toleransi beragama pula berada pada tahap sederhana dan tinggi. Ujian Mann-Whitney U mendapati tahap kefahaman agama dalam kalangan kelas menengah Muslim adalah lebih baik berbanding dengan bukan Muslim manakala dalam aspek sikap dan amalan toleransi beragama pula, tahap dalam kalangan bukan Muslim adalah lebih baik. Analisa MPB KDTS mendapati kefahaman agama mempengaruhi sikap toleransi tetapi tidak pada amalan toleransi dalam kalangan kelas menengah. Manakala kefahaman toleransi beragama pula memberi pengaruh kepada sikap dan amalan toleransi beragama. Melalui analisa ini juga, sikap toleransi beragama merupakan pembolehubah yang paling memberi pengaruh terhadap amalan toleransi beragama dengan saiz kesan pada tahap sederhana. Kesimpulannya, penghayatan terhadap kefahaman agama dan kefahaman toleransi beragama perlu diberikan penekanan agar ia dapat memberi lebih pengaruh pada sikap seterusnya dapat dizahirkan melalui amalan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslam -- Relations-
dc.subjectReligious tolerance -- Selangor-
dc.subjectReligions -- Relations-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKefahaman agama dan kesannya terhadap sikap dan amalan toleransi beragama dalam kalangan kelas menengah di Selangor-
dc.typetheses-
dc.format.pages224-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.