Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519673
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Ridza Wahiddin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Fared Abdul Khir (P39998)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:41Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:41Z-
dc.date.issued2012-10-01-
dc.identifier.otherukmvital:120126-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.myjspui/handle/123456789/519673-
dc.descriptionBertambahnya keperluan terhadap penyulitan maklumat kritikal di kala ketidakupayaan kriptografi klasik memberi jaminan keselamatan tanpa syarat telah menggamit tumpuan kepada kriptografi kuantum yang dikenali juga sebagai perkongsian kunci kuantum (QKD). Perkembangan pesat dalam aspek teori mahu pun eksperimen semenjak pengenalan protokol BB84 pada 1984 telah menyaksikan kelahiran protokol-protokol baru dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri seperti yang dapat dilihat pada protokol QKD dua hala yang menunjukkan kadar penjanaan kunci selamat yang lebih tinggi tetapi terhad kepada jarak yang dekat. Dalam tesis ini, kajian terhadap sebuah protokol daripada jenis protokol QKD dua hala iaitu protokol LM05 telah dijalankan dengan memfokuskan terhadap aspek praktikal iaitu kebolehlaksanaan serta penambahan jarak selamat maksimum. Terdorong oleh kejayaan eksperimen terbaru yang menunjukkan kebolehlaksanaan protokol LM05 di media gentian optik, sebuah sistem dengan pengekodan pengutuban yang beroperasi secara automatik di media ruang bebas telah dibangunkan. Hasil pencirian telah menunjukkan kejayaan keupayaan penjanaan kunci mentah secara automatik dengan kadar ralat bit kuantum yang stabil serendah 3.34% dan keupayaan penjanaan kunci selamat pada jarak maksimum 5.68 [dB] kehilangan saluran. Hasil eksperimen ini dengan kukuhnya menunjukkan kebolehlaksanaan protokol LM05 di media ruang bebas. Walau bagaimana pun, seperti yang telah ditunjukkan di dalam beberapa hasil kajian yang lalu, di sebalik kadar penjanaan kunci selamat yang tinggi, jarak selamat maksimum bagi protokol LM05 berkurangan dengan begitu ketara disebabkan pertambahan kehilangan saluran yang tinggi berpunca daripada penggunaan dua saluran kuantum. Sebagai usaha untuk memperbaiki kelemahan ini, kajian diteruskan dengan menyelidiki kaedah menambah jarak selamat maksimum yang boleh diaplikasikan kepada sistem yang telah dibangunkan sebelum ini. Kaedah keadaan umpanan yang dicadangkan pada beberapa tahun kebelakangan ini untuk sistem QKD praktikal telah dikaji. Anggaran had-had berkaitan bagi kaedah keadaan umpanan lemah+vakum dan juga keadaan satu umpanan untuk protokol LM05 telah diterbitkan dan ditentusahkan melalui analisis berangka. Hasil analisis berangka telah menunjukkan pertambahan jarak selamat maksimum yang menggalakkan bagi kes keadaan umpanan lemah+vakum iaitu sebanyak hampir sekali ganda. Daripada sini, untuk mengaplikasikan kaedah lemah+vakum yang telah dicadangkan kepada sistem LM05 yang telah dibangunkan sebelum ini, penambahbaikan kepada perisian dan juga kepada bahagian sumber susun atur telah dilakukan. Pencirian terhadap jarak selamat maksimum dengan membandingkan kes protokol LM05 tanpa keadaan umpanan dan kes keadaan umpanan lemah+vakum yang dicadangkan telah dilaksanakan. Hasil pencirian menunjukkan pertambahan jarak selamat maksimum seperti mana yang telah dicadangkan oleh analisis berangka dan mengesahkan kebolehlaksanaan protokol LM05 dan keadaan umpanan lemah+vakum yang dicadangkan di media ruang bebas. Dengan hanya sedikit penambahbaikan pada susun atur asal, kaedah yang telah dicadangkan telah berjaya menambah jarak selamat maksimum bagi protokol LM05 pada kadar yang signifikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQuantum computers-
dc.subjectPublic key cryptography-
dc.subjectCryptography-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSistem perkongsian kunci kuantum berasaskan protokol dua hala dan kaedah keadaan umpanan-
dc.typetheses-
dc.format.pages130-
dc.identifier.callnoTK5102.94.M844 2012 3 tesis-
dc.identifier.barcode004067(2019)(PL2)-
Appears in Collections:Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.