Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519668
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang,Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNoor Azman Hasan (P47738)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:38Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:38Z-
dc.date.issued2013-04-26-
dc.identifier.otherukmvital:119503-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519668-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh daya tahan dan kualiti hidup terhadap persepsi prestasi perniagaan usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) peruncitan di negeri Melaka. Seramai 628 responden yang dipilih secara rawak berstrata di kalangan usahawan Melayu di negeri Melaka yang meliputi tiga buah daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Data yang diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis dengan menggunakan deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian t, anova sehala, korelasi pearson dan regresi berganda (stepwise). Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah daya tahan dan kualiti hidup manakala pemboleh ubah bebas ini mengandungi 9 aspekaspek yang dikaji iaitu kecekapan kendiri, kecekapan kognisi, kecekapan sosial, nilai kerja, nilai hidup dan nilai senggang. Pemboleh ubah bersandar adalah persepsi prestasi perniagaan yang terdiri aspek-aspeknya ialah usahawan boleh berpencapaian baik walaupun perniagaan berisiko tinggi, usahawan terus mengekalkan kecekapan walaupun mereka tertekan dan usahawan berupaya untuk pulih daripada kesusahan. Hasil analisis menunjukkan bahawa daya tahan dan kualiti hidup mempunyai hubungan yang positif dengan persepsi prestasi perniagaan. Daripada dua pembolehubah bebas tersebut kualiti hidup mempunyai hubungan yang kuat iaitu .594** berbanding dengan daya tahan usahawan adalah .570**. Namun demikian hasil analisis ini menunjukkan bahawa tidak ada hubungan yang signifikan antara faktor latar belakang usahawan seperti jantina, umur, lokasi, kelulusan pendidikan dan tempoh perniagaan dengan pemboleh ubah bebas di atas dan persepsi prestasi perniagaan. Hasil analisis regresi berganda pula menunjukkan kualiti hidup sebagai penyumbang utama bersama daya tahan menyumbang sebanyak 40.4% terhadap prestasi perniagaan secara serentak. Manakala analisis regresi berganda aspek-aspek pemboleh ubah pula menunjukkan aspek nilai kerja sebagai penyumbang utama bersama aspek nilai senggang dan kecekapan sosial sebanyak 42.0% terhadap prestasi perniagaan secara serentak. Akhir sekali prestasi perniagaan usahawan Melayu mampu ditingkatkan melalui model yang dicadangkan memperlihatkan aspekaspek daya tahan dan aspek-aspek kualiti hidup yang perlu diutamakan. Oleh itu pengkaji ada mengusulkan beberapa strategi yang perlu ada pada diri usahawan untuk meningkatkan prestasi perniagaan khususnya mendalami daya tahan dan kualiti hidup usahawan yang berjaya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeruncitan Kecil dan Sederhana-
dc.subjectPerniagaan-
dc.subjectKeusahawanan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleDaya tahan, kualiti hidup dan persepsi prestasi perniagaan usahawan melayu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) peruncitan di negeri Melaka-
dc.typetheses-
dc.format.pages357-
dc.identifier.callnoBF698.35.R47N645 2013 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.