Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519663
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFatimah Omar, Dr.-
dc.contributor.authorJurij Hj. Jalaludin (P25379)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:36Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:36Z-
dc.date.issued2012-11-30-
dc.identifier.otherukmvital:119429-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519663-
dc.descriptionKajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmana latihan yang dilalui oleh subjek memberi impak terhadap pemupukan sikap patriotisme. Kajian ini dikhususkan kepada pelatih yang menjalani program latihan di empat institusi latihan yang dipilih. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk i) melihat samada terdapat perbezaan sikap patriotisme pra dan pasca latihan dari setiap institusi latihan. ii) mengenal pasti samada terdapat perbezaan yang signifikan pemupukan sikap patriotisme antara institusi latihan yang berbeza dan iii) mengalisis sama ada terdapat perbezaan signifikan sikap patriotisme pra dan pasca latihan berdasarkan faktor demografi dan sosial iaitu gender, tempat tinggal, etnik dan agama. Sampel kajian terdiri daripada 607 pelatih dari empat agensi latihan yang dipilih. Sikap patriotisme dibahagi empat iaitu sikap patriotisme umum, sikap patriotisme membuta-tuli, sikap patriotisme konstruktif dan sikap patriotisme simbolik. Sikap patriotisme umum diukur dengan menggunakan "Patriotism Nationalism Questionnaire" oleh Kosterman dan Feshbach (1989) manakala untuk mengukur sikap patriotisme membuta-tuli, sikap patriotisme konstruktif dan sikap patriotisme simbolik digunakan soalselidik "California Patriotism Pilot Study 2002" (CCPS 2002) dari Universiti California, Santa Barbara. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk pemerihalan pembolehubah serta statistik inferen untuk menguji hipotesis kajian yang melibatkan ujian-t, ANOVA sehala dan Pos Hoc. Dapatan melalui ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sikap patriotisme umum pra dan pasca latihan subjek di institusi latihan PLKN, POLIS dan ATM. Bagi sikap patriotisme membuta-tuli terdapat perbezaan yang signifikan pra dan pasca latihan untuk subjek di semua institusi latihan. Bagi sikap patriotisme konstruktif menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pra dan pasca latihan subjek di institusi latihan PLKN sahaja dan bagi sikap patriotisme simbolik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pra dan pasca latihan subjek di institusi latihan PLKN, BTN dan POLIS. Analisis ANOVA sehala dan Pos Hoc pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sikap patriotisme di institusi latihan yang berbeza-beza. Analisis terhadap gender menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan sikap patriotisme dalam kalangan subjek di semua institusi latihan yang berbeza-beza. Analisis terhadap tempat tinggal pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sikap patriotisme umum dan sikap patriotisme konstruktif bagi semua subjek di institusi latihan yang berbeza-beza. Dari segi etnik analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sikap patriotisme umum, sikap patriotisme membuta-tuli dan sikap patriotisme konstruktif bagi subjek di institusi latihan yang berbeza-beza. Manakala analisis ke atas agama pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sikap patriotisme umum, sikap patriotisme membuta-tuli dan sikap patriotisme konstruktif bagi subjek di institusi latihan yang berbeza-beza. Hasil kajian ini telah dapat menunjukkan sejauhmana impak latihan yang telah dilaksanakan oleh institusi latihan yang dikaji dilihat dapat memupuk sikap patriotisme.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPatriotisme-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleImpak latihan terhadap pemupukan sikap patriotisme-
dc.typetheses-
dc.format.pages254-
dc.identifier.callnoJC329.J846 2012 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.