Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519650
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosseni Din, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAzura Ishak (P75419)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:29Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:29Z-
dc.date.issued2019-10-04-
dc.identifier.otherukmvital:118591-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519650-
dc.descriptionTujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan modul ReSt iaitu singkatan kepada Research dan Statistics bagi pembelajaran analisis data menggunakan SPSS. Pembangunan modul adalah bertujuan memudahkan pengguna novis di peringkat Pendidikan Tinggi mempelajari asas SPSS secara realistik dan praktikal dalam konteks mengikut proses penyelidikan menyeluruh. Kajian pembangunan ini terdiri daripada empat fasa dengan berpandukan kombinasi model instruksi ADDIE dan Waterfall yang dinamakan kerangka model ADWa. Fasa pertama melibatkan fasa analisis kesauran dan keperluan dengan menggunakan skedul temu bual yang dijalankan ke atas 11 pengguna novis dan tiga pengajar SPSS untuk mengenal pasti jurang modul SPSS sedia ada dan keperluan bagi pembangunan modul ReSt. Fasa kedua ialah reka bentuk iaitu modul direka bentuk berdasarkan maklum balas analisis kesauran dan keperluan pengguna novis. Fasa ketiga ialah pembangunan dan pengujian iaitu modul ReSt dibangun dan diuji berdasarkan reka bentuk yang dirancang. Lima pakar dan lima pelajar masing-masing dipilih untuk pengujian dan pengesahan modul ReSt seterusnya penambahbaikan dilakukan hasil maklum balas pakar dan pelajar. Fasa keempat ialah pelaksanaan dan penilaian modul. Pelaksanaan penggunaan modul dijalankan ke atas 78 orang pengguna novis yang dijalankan melalui kursus asas SPSS selama dua hari. Penilaian modul menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen pra dan pasca satu kumpulan. Soal selidik digunakan untuk menilai persepsi kebergunaan modul ReSt dan persepsi kemahiran analisis data menggunakan SPSS sebelum dan selepas menggunakan modul tersebut. Dapatan kajian menunjukkan pembangunan modul ReSt dihasilkan berasaskan teori beban kognitif, teori andragogi dan teori functional context. Modul ReSt menerapkan kaedah pembelajaran berasaskan contoh dan menggunakan pendekatan empat langkah bagi analisis data menggunakan SPSS dengan cara yang betul dan diolah dalam bentuk penyampaian infografik. Hasil pengujian modul yang positif daripada pihak pakar dan pengguna memberi input bagi penambahbaikan modul sebelum digunakan dalam fasa pelaksanaan dan penilaian. Dapatan penilaian modul menunjukkan pengguna novis memberi maklum balas memberangsangkan iaitu setiap item persepsi kebergunaan modul adalah di tahap yang tinggi. Dapatan juga menunjukkan kesan penggunaan modul ReSt ke atas persepsi kemahiran analisis data menggunakan SPSS juga adalah berbeza secara signifikan iaitu meningkat daripada tahap rendah ke tahap yang tinggi. Dapatan ini disokong dengan refleksi pengguna novis terhadap penggunaan modul ReSt yang mendapat maklum balas positif dan memberangsangkan. Pembangunan modul ReSt boleh dijadikan panduan kepada para pelajar dan penyelidik seluruh Institusi Pengajian Tinggi, Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi dan mana-mana agensi yang melibatkan skop tugas penyelidikan.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAnalysis of variance -- Data processing-
dc.subjectMultivariate analysis -- Data processing-
dc.subjectMathematical statistics -- Data processing-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePembangunan dan penilaian modul pembelajaran analisis data menggunakan SPSS bagi pengguna novis pendidikan tinggi-
dc.typetheses-
dc.format.pages336-
dc.identifier.callnoQA279.A987 2019 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.