Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519642
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChia Chin Hua, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorChong Kai Yin (P81119)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:25Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:25Z-
dc.date.issued2019-06-06-
dc.identifier.otherukmvital:112357-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519642-
dc.descriptionSarung tangan lateks getah telah digunakan secara meluas sebagai perlindungan yang penting untuk pekerja kesihatan (HCWs). Namun, sarung tangan mudah ditebuk oleh instrumen yang tajam. Pendedahan darah dan cecair daripada badan antara HCW dan pesakit boleh menyebabkan penyakit darah seperti virus hepatitis B and virus hepatitis C. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kesan kadar pengoksidaan grafit dan tempoh ke atas oksida grafin (GO) yang terhasil melalui proses pengelupasan dengan menggunakan mesin pengadun Silverson ricihan tinggi. Pengisi nano berasaskan karbon sebagai agen penguat telah ditambah untuk meningkatkan sifat mekanik lateks getah. Pada peringkat awal kajian ini, kaedah sintesis GO telah diubahsuai dan diringkaskan melalui kaedah ricihan tinggi ke atas grafit teroksida. Dalam kajian ini, kadar pengoksidaan grafit yang berbeza telah tercapai pada tempoh pengoksidaan yang berlainan melalui kaedah Hummers terubahsuai. Keputusan yang diperolehi mencadangkan bahawa GO yang berlapisan tunggal dan luas permukaan tinggi boleh dihasilkan dengan pengoksidaan grafit selama 6 jam dan diikuti oleh proces ricihan-tinggi. Seterusnya, kesan penambahan GO dalam lateks getah berammonia rendah kepada rintangan tusukan dan sifat mekanik filem lateks getah telah dikaji. Kuantiti GO yang berbeza (0.01��1.0 wt%) telah dicampur ke dalam ampaian lateks getah melalui kaedah pencampuran larutan dan sampel filem lateks getah-GO (GO/NR) dihasilkan melalui proses pencelupan dengan menggunakan kepingan seramik. Keputusan menunjukkan bahawa sebanyak 12% peningkatan yang ketara pada rintangan tusukan bagi sampel 1.0 wt% GO/NR. Selain itu, penambahan GO ke dalam lateks getah juga meningkatkan kekuatan tegasan pada pemanjangan 300% dan pada 500%, modulus pada 500% dan kekuatan koyakan. Akhirnya, perbandingan ke atas sifat mekanik lateks getah separa tervulkan yang diperkuatkan oleh tiga jenis pengisi nanozarah berasaskan karbon (nanotiub karbon, grafin dan GO) telah dilakukan. Keputusan ini menunjukkan bahawa nanotiub karbon adalah tertinggi dari segi rintangan tusukan (~42%) dan modulus (27%), manakala GO telah meningkatkan kekuatan koyakan sebanyak ~102% berbanding dengan sampel kawalan. Penambahan grafin ke dalam latex getah adalah kurang berkesan dari segi sifat mekanik. Kajian ini mencadangkan bahawa pengisi berasaskan karbon boleh digunakan dalam lateks getah untuk meningkatkan sifat mekanik untuk aplikasi yang berbeza.,Ph.D.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFilem lateks getah-
dc.subjectSarung tangan perubatan-
dc.subjectPengoksidaan grafin-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFilem lateks getah berpenguat grafin dan grafin oksida untuk aplikasi sarung tangan perubatan-
dc.typetheses-
dc.format.pages114-
dc.identifier.barcode004250(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Filem lateks getah berpenguat grafin dan grafin oksida untuk aplikasi sarung tangan perubatan.pdf
  Restricted Access
Partial721.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.